• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TMS2019: Toyota Granace - MPV Saiz Penuh Serba Mewah dengan Keselesaan Premium

#TMS2019: Toyota Granace - MPV Saiz Penuh Serba Mewah dengan Keselesaan Premium

October 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corporation (Toyota) memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu, Granace di reruai Toyota Auto Body pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang bertemakan 'Open Future' (Masa Depan Terbuka).

MPV atau wagon saiz penuh itu tampil gah dengan dimensi cukup besar, iaitu 5.3 meter panjang dan 1.97 meter lebar bersama ruang dalamn selesan dan berkualiti tinggi. Dengan menggunakan pakej semi-bonet, iaitu kerusi pemandu diposisikan di hujung belakang trenkuasa untuk bonet rapat, Granace ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk:

  • 6-kerusi dalam 3 baris tempat duduk (2-2-2)
  • 8-kerusi dalam 4 baris tempat duduk (2-2-2-2)

Granace menawarkan prestasi berkualiti tinggi, keselesaan pemanduan sofistikated, kestabilan pengendalian terbaik dan ruang dalaman luas. Berikut ciri menarik dimiliki MPV baharu Toyota ini:

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

GAYA LUARAN ELEGAN PENUH KEMEWAHAN

Gril radiator besar diberikan aksen metalik yang mengalir dan bersatu dengan lampu utama lensa kembar dalam frem krom. Lampu siang (DRL) LED menampilkan rekaan unik, manakala lampu kabus diberikan perumah krom bagi menyerlahkan lagi personaliti mewah MPV ini.

KOKPIT LUAS, MEWAH

Panel instrumen hitam membangkitkan suasana kemewahan yang diserlahkan dengan aksen metalik pada ventilator penyaman udara dan kemasan ira kayu pada stereng (dengan balutan kulit disulam), papan pemuka, dan panel pintu.

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

RUANG LUAS, SELESA DAN PREMIUM

Selain varian 6-kerusi dalam 3 baris tempat duduk, Granace turut menawarkankan konfigurasi 8-kerusi dalam 4 baris tempat duduk yang mampu memenuhi kepelbagai keperluan pengguna.

Menariknya, setiap baris tempat duduk dihadkan kepada 2 kerusi sahaja. Setiap pasang kerusi di baris kedua dan ketiga (empat kerusi) pula adalah jenis kerusi kapten yang direka untuk memberikan keselesaan terbaik dengan kualiti material dan rekabentuk bercirikan kemewahan.

Model baharu ini juga dilengkapkan dengan mekanisme gelungsur panjang dan mekanisme Ottoman, serta kemudahan lain bagi mengoptimumkan keselesaan penumpang.

BACA >>> Toyota Australia Perkenal Granvia (2020), Hiace Versi Lebih Mewah

Dekorasi ira kayu dapat dilihat sekitar kabin pada panel pintu depan dan belakang, manakala iluminasi LED dengan pencahayaan malap dan lembut memberikan kesan ruang kabin yang elegan dan tenang.

PRESTASI BERKUALITI TINGGI

Granace dibina berasaskan susun atur pacuan roda depan (FWD) dan dijana enjin diesel bersih 1GD 2.8L dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang memberikan kelancaran dan pemanduan tork kuat pada kelajuan rendah.

Suspensi gandar-rigid pautan-trail (trailing-link rigid-axle) digunakan pada roda belakang, manakala struktur badan memilikit rigiditi tinggi, termasuk penggunaan frem bentuk-gelang (ring-shaped frame) untuk pengendalian lebih stabil, dan keselesaan pemanduan serta fiil mewah.

Bunyi dan getaran diredam sebaiknya untuk memberikan tahap kesenyapan tinggi yang bersesuaian dengan MPV berstatus mewah dan kepelbagaian kondisi jalan raya.

CIRI, TEKNOLOGI TERMAJU

Granace dipakejkan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense versi terkini dengan fungsi sensor ditambah baik menerusi sistem keselamatan pra-perlanggaran yang kini dapat mengesan pejalan kaki pada siang dan malam, termasuk penunggang basikal dan motosikal pada siang.

Juga dilengkapkan ciri keselamatan penuh untuk keselamatan semua penumpang seperti Sonar Jelasan Pintar (Intelligent Clearance Sonar, ICS) dengan Brek Sokongan Parkir (Parking Support Brakes, PSB), untuk objek pegun, yang membantu mengurangkan kerosakan akibat perlanggaran ketika memandu perlahan di kawasan parkir dan seumpamanya.

Granace turut disertakan unit infotainment Display Audio (DA). Sambungan telefon pintar dengan aplikasi SDL™ membolehkan pengguna menggunakan aplikasi mobil seperti navigasi dan strim muzik menerusi paparan skrin sentuh.

BACA >>> Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888

SPESIFIKASI

Dimensi: Panjang 5,300mm | Lebar 1,970mm | Tinggi 1,990mm
Jarak Roda @ Wheelbase: 3,210mm
Jarak Pusat Tayar @ Tread:  1,670mm (depan) | 1,670mm (belakang)
Dimensi Dalaman: Panjang 3,290mm*9 | Lebar 1,735mm | Tinggi 1,290mm
Enjin: 2,754cc 1GD (Diesel Bersih)

GALERI

Related

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV Mewah, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, Tokyo Motor Show (TMS) 2019, Toyota, Toyota Granace, Toyota Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my