• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TMS2019: Model Daihatsu Tanpa Nama Ini Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

#TMS2019: Model Daihatsu Tanpa Nama Ini Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

October 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, ada satu model menarik yang ditayangkan kepada umum di depan reruai Daihatsu. Bagaimanapun model jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak dilancarkan, malah tiada nama diberikan.

Menurut Daihatsu, model itu akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi yang katanya November ini. Adakah itu model yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini, iaitu SUB segmen-B  Perodua D55L?

Jika melihat spesifikasi SUV subkompak tersebut, tidak banyak maklumat yang didedahkan.

ENJIN 1.0L TURBO

SUV tanpa nama itu didatangkan dengan enjin3-silinder 996cc pengecas turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan padanan transmisi CVT. SUV 5-kerusi itu dibangunkan berasaskan platform baharu, Arkitektur Global Baharu (DNGA).

Saiz SUV baharu ini lebih besar berbanding Myvi baharu dengan panjang 3,995mm, lebar 1, 695mm dan tinggi (1, 620mm). Berat pula 980kg, manakala saiz tayar 195/60 R17. Rekabentuk luaran nampak menawan yang sekali pandang seakan kacukan Volvo XC40 dan Perodua Myvi baharu.

Bahagian depan dipadankan gril besar bentuk heksagon warna hitam yang diapit lampu utama dan lampu siang (DRL) LED. Di sudut kiri dan kanan bampar diletakkan lampu kabus dan lampu tambahan LED menegak. Ada dua model dipamerkan dalam warna merah dan putih dengan bumbung hitam berserta antena sirip yu.

BACA >>> SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

BUMBUNG APUNG

DAIHATSU SUV BARU_15
DAIHATSU SUV BARU_12
DAIHATSU SUV BARU_23

Kemasan hitam pada perumah cermin sisi memberikan pandangan bumbung terapung. Lampu belakang direka tirus dengan panel hitam melintang sepanjang pintu but. Menjengah ruang kabin,  papan pemuka dipadankan sistem infotainment, diletakkan atas ventilator penyaman udara.

Juga tersedia  punat tekan mula (push-start), outlet kuasa, kawalan pemanas kerusi, ruang letak barangan dan brek tangan. Stereng turut dilengkapkan punat kawalan, manakala panel kluster meter jenis digital  Jika benar SUV ini ada dalam senarai model baharu Perodua, memang semakin meriah dan kompetitif pasaran SUV kita.

BACA >>> Berita Baik!!! Perodua Myvi GT Mungkin Akan Dijual

Ditanya mengenai SUV itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad lebih berminat memperkatakan tentang enjin 1.0L pengecas turbo.

"Apa yang menarik, enjin itu menggunakan teknologi baharu dan kalau kita boleh bawa ke Malaysia, ia akan jadi senario berbeza. Saya selalu tekankan teknologi adalah untuk semua, tetapi saya tidak kata ya atau bila. Insya-Allah kita lihat nanti," katanya.

Adakah itu bermaksud enjin itu akan menjadi trenkuasa baharu untuk model-model baharu Perodua masa depan?

GALERI
DAIHATSU SUV BARU_5
DAIHATSU SUV BARU_6
DAIHATSU SUV BARU_9
DAIHATSU SUV BARU_11
DAIHATSU SUV BARU_1
DAIHATSU SUV BARU_2
DAIHATSU SUV BARU_3
DAIHATSU SUV BARU_7
DAIHATSU SUV BARU_18
DAIHATSU SUV BARU_19
DAIHATSU SUV BARU_17
DAIHATSU SUV BARU_25
DAIHATSU SUV BARU_24
DAIHATSU SUV BARU_8
DAIHATSU SUV BARU_10
DAIHATSU SUV BARU_12
DAIHATSU SUV BARU_13
DAIHATSU SUV BARU_14
DAIHATSU SUV BARU_15
DAIHATSU SUV BARU_16
DAIHATSU SUV BARU_21
DAIHATSU SUV BARU_22
DAIHATSU SUV BARU_23

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Perodua, Roda4, SUV, TMS 2019, Tokyo Motor Show 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev