• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

#TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

October 23, 2019 By Aryon 3 Comments

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dimaklumkan sebelum ini, Honda Motor Co mempersembahkan moped konsep CT125 Concept di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang bermula hari ini.

Kepada mereka yang meminati sejarah motosikal Honda, perkataan CT terkenal sebagai model trail yang menjadi sebahagian model jalanan popular, Super Cub.

Model dwi-guna itu kini dihidupkan kembali dan khabarnya akan segera memasuki barisan pengeluaran. Sama seperti model funbike Monkey Z125, dan kapcai Super Cub C125, model CT125 Concept ini didatangkan dengan fender depan besi, ekzos tinggi, rak barang lebar dan besar, ambilan udara tinggi dan tayar bersaiz besar.

BACA >>> Honda Perkenal Super Cub C125 ABS (2019), Siri Cub Paling Berkuasa - Harga RM14k

Produk CT Series pernah popular di beberapa negara seperti Australia. Pada era 1970-an, model seperti CT50 dan CT110 digunakan sebagai motosikal harian. Model CT ini disukai kerana direka berasaskan Super Cub yang praktikal dan jimat, tetapi diberikan sentuhan ala scrambler untuk kegunaan off-road.

Bagaimanapun model ini dikatakan akan kekal menggunakan enjin sama seperti Super Cub C125, iaitu 4-lejang 125cc SOHC EFI penyejukan udara dengan transmisi klac automatik sentrifugal 4-kelajuan. Di Malaysia, model ini dijual pada harga RM13,999, diimport Boon Siew Honda (BSH).

BACA >>> 26 Foto Honda Super Cub C125 yang Menggiurkan (dan Mahal Tak Ingat)

GALERI

KREDIT FOTO: AI

Related

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CT125 Concept, Honda Motor Co, honda super cub, Kapcai, Kapcai Konsep, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, TMS 2019, Tokyo Motor Show (TMS) 2019

Comments

  1. Fahmi says

    October 24, 2019 at 11:18 PM

    Bila agaknya model honda ct 125 masuk malaysia, saya rasa model ini wajib masuk sini sebab gayanya yg klasik dan menarik pasti ramai yg akan membelinya tapi harganya jangan lah mahal sangat.

    Reply
  2. Mohd Farid A Rahman says

    June 16, 2020 at 4:54 PM

    siam dh masuk dh... tggu boon siew bawak masuk tgk.. bru bole start downpayment ready..

    Reply
  3. Nass says

    August 11, 2022 at 10:03 PM

    Bila nak masuk oiii x sabaq ni ..tengah ada xuit ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my