TIADA rotan, akar pun berguna. Artikel kali ini akan berkongsi kepada pembaca tentang tip dan trik DIY pemegang telefon bimbit (handphone holder). Benda diperlukan cuma gelang getah yang boleh dicari di sekeliling anda. Ya, tiada kos diperlukan sebenarnya!
BACA >>> 10 Tip Mesti Tahu Sebelum Beli Pemegang Telefon Bimbit dalam Kereta Anda
Cara ini sesuai buat mereka yang suka berjimat-cermat (atau kedekut?) dan mereka yang terlalu sibuk sehingga tiada masa hendak mencari pemegang telefon bimbit ori. Apapun, nasihat kami, belilah satu yang ori. Bukan mahal sangat pun. Takkanlah bawa Mercedes nak guna gelang getah buat ikat telefon bimbit? 😀
Apapun ingat, memandu sambil memegang telefon bimbit adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun. Lebih teruk, berisiko menyebabkan kemalangan.
Jangan lupa kongsikan tip dan trik ini dengan keluarga dan rakan terdekat. Selamat mencuba! 😛
Leave a Reply