
KAWASAKI Motors Japan sebentar tadi melancarkan supernaked paling berkuasa, Z H2 di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, yang juga pelancaran global untuk model ini.
Berdasarkan spesifikasi yang tertera pada panel spesifikasi, Z H2 dijana enjin 4-lejang 16 injap 4 sebaris bersesaran 998cc DOHC penyejukan cecair yang mampu meledakkan kuasa setinggi 198hp (200ps) @ 11,000rpm dan tork 137Nm @ 8,500rpm.
Z H2 dibina berasaskan frem trellis jenis keluli tegangan tinggi dengan ketinggian pelana 830mm. Berat jentera 239kg, manakala kapasiti tangki 19 liter. Ada tiga pilihan warna ditawarkan:
- Metallic Spark Black (hitam)
 - Metallic Graphite Gray (kelabu)
 - Mirror Coated Spark Black (hitam)
 
Antara ciri elektronik dibekalkan pada Z H2 ialah:
- Mod tunggangan bersepadu, Unit Unjuran Inersia (IMU)
 - Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Mod Kuasa
 - Fungsi Pengurusan Belokan (CMF) Kawasaki
 - Sistem Brek Anti-Kunci Pintar (i-ABS) Kawasaki
 - Mod Kawalan Luncur Kawasaki
 - Quick Shifter
 - Kawalan Jelajah Elektronik (ECC), konektiviti telefon pintar
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Harga berapa...?? Saya tengah mencari superbike idaman .