• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Video Acah KTM 1290 Super Duke R, Kini dengan Deruman Akrapovic Penuh Asyik

Lagi Video Acah KTM 1290 Super Duke R, Kini dengan Deruman Akrapovic Penuh Asyik

October 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM kembali menyiarkan video acah 1290 Super Duke R (2020) baharu buat kali ketiga yang kali ini mendedahkan beberapa lagi maklumat terkini mengenai model tersebut.

Klip video 25 saat kali ini memaparkan aksi model perdana KTM itu sedang memecut laju di trek Almeria (Sepanyol) dengan berlatarkan bunyi deruman Akrapovic yang cukup padu, mengasyikkan dan menggetarkan jiwa.

BACA >>> #Spyshot: KTM 1290 Super Duke R (2020) Dikesan Ditunggang Uji di Eropah

Juga kelihatan seorang krew memegang papan pit yang ditunjukkan kepada si penunggang. Jelas  tertera '1290', sekali gus mengesahkan itu sememangnya 1290 Super Duke R(2020)! Namun perkataan 'MAP 8' dan 'L 58' pula masih menjadi misteri. Apakah yang cuba dikongsikan KTM?

Berdasarkan video itu juga, 1290 Super Duke R (2020) nampaknya akan dibekalkan kaliper monoblok Brembo dan beberapa ciri aerodinamik pada sisi fairing, termasuk kelibat ekzos Akrapovic. Dalam dua video sebelum ini, penonton ditunjukkan aksi krew KTM sedang mengecat frem dan menghasilkan material gentian karbon.

Pasti peminat KTM tidak sabar menunggu 5 November nanti!

BACA >>> KTM Siar Video Acah 1290 Super Duke (2020), Akan Lancar di EICMA November Ini
BACA >>> KTM Siar Video Acah Kedua 1290 Super Duke (2020)

VIDEO ACAH 1

VIDEO ACAH 2

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, EICMA 2019, KTM, KTM 1290 Super Duke R, Pameran Motosikal Milan (EICMA), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, teaser, Teaser Video, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my