• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Van Renault Kangoo ZE, Master ZE dengan Sel Bahan Api Hidrogen yang Mesra Alam

Van Renault Kangoo ZE, Master ZE dengan Sel Bahan Api Hidrogen yang Mesra Alam

October 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


INI perkembangan mengujakan apabila Renault menawarkan kenderaan komersial ringan (LCV) yang dikuasakanteknologi hidrogen. Diuji sejak 2014, teknologi hidrogen Groupe Renault dibangunkan dengan kerjasama subsidiari Groupe Michelin, Symbio.

Kenderaan ini dilengkapi dengan  penambah jarak (range extender, REx) hidrogen membekalkan elektrik dan kuasa haba (termal) sebanyak 10kW. Kuasa itu membolehkan dua model, Master ZE Hydrogen dan Kangoo ZE Hydrogen meningkatkan jarak pemanduan kepada lebih 350km.

Satu lagi kelebihan hidrogen, masa pengecasan hanya memerlukan 5 hingga 10 minit sahaja.

1. RENAULT MASTER ZE HYDROGEN

Master ZE Hydrogen akan ditawarkan pada penggal pertama 2020. Jarak pemanduan 350km adalah tiga kali ganda lebih jauh berbanding MASTER ZE (elektrik) yang cuma boleh dipandu 120km sahaja.

Model hidrogen ini boleh didapati dalam dua varian van dan dua versi kabin. Di bawah badan ditempatkan dua tangki hidrogen.

BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) - Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi


2. RENAULT KANGOO ZE HYDROGEN

Kangoo Z.E. Hydrogen pula boleh dipandu sejauh 370km berbanding 230km untuk KANGOO Z.E. Van ini boleh dimiliki lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini pada harga €48,300 (RM225,130), tidak termasuk VAT dan bonus ekologi.

Kenderaan hidrogen elektrik ini berfungsi dengan sel bahan api yang menggabungkan hidrogen dari tangki, dan oksigen dari udara untuk menghasilkan elektrik (sebagai penjana motor elektrik).

Kelebihan teknologi ini, ia patuh piawaian baharu alam sekitar untuk pengangkutan bandar, tempoh pengecasan hidrogen yang lebih pantas dan mudah diselenggara. Van komersial ringan seperti ini juga sesuai digunakan di kawasan bandar besar hingga pedalaman sebagai kenderaan penghantaran, servis teknikal, majlis perbandaran, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Renault Megane RS280 Cup Kini di Malaysia, Harga RM280k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Groupe Renault, Renault, Renault KANGOO Z.E, Renault KANGOO Z.E. Hydrogen, Renault MASTER Z.E. Hydrogen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my