• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MV Agusta Tayang Brutale 800, Dragster Versi Kemas Kini di Milan, November Ini

MV Agusta Tayang Brutale 800, Dragster Versi Kemas Kini di Milan, November Ini

October 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA pembangunan dan penyelidikan (R&D) di MV Agusta, Brian Gillen mengesahkan akan memperkenalkan Brutale 800 dan Dragster versi kemas kini 2020 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, November nanti.

Dalam temu bual dengan laman web permotoran dari Itali, Motociclismo, Gillen mendedahkan beberapa aspek teknikal kedua-dua model itu yang katanya akan direvolusikan, dengan pautan belakang baharu. Beliau turut mengesahkan model itu akan menerima pemuka TFT dan rupa depan baharu.

Perubahan untuk dua model itu pasti dinanti-nantikan peminat MV Agusta kerana kedua-duanya berkongsi platform asas yang sama. Berbanding Brutale, rekabentuk Dragster (atas kanan) lebih bergaya, manakala aspek spesifikasi lebih berprestasi tinggi.

Gillen turut berkongsi perubahan kelompok peminat dan penunggang MV Agusta yang tidak semua gilakan kelajuan dan prestasi luar biasa.

"Sangat sedikit orang yang mahukan motosikal yang bekerja hanya untuk memecut laju, setiap orang mahu ia nampak elok walaupun ditunggang perlahan. Jika ada kecacatan, setiap orang dapat melihatnya," katanya.

Turut berkongsi pentas sama dengan Brutale dan Dragster di EICMA 2019 nanti ialah Brutale 1000 Series Oro versi pengeluaran akhir yang juga model supernaked perdana MV Agusta. Model tersebut dijangka berada di pasaran Itali musim sejuk ini. Juga ditayangkan bersama supernaked itu ialah cafe racer retro, Superleggera yang dibina berasaskan Brutale 800.

* Foto utama: MV Agusta Brutale 800 RC (2019) dan Dragster 800 RR America (2019)

SUMBER: Motociclismo

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Brian Gillen, MV Agusta, MV Agusta Brutale 1000 Series Oro, MV Agusta Brutale 800, MV Agusta Dragster, MV Agusta Superleggera, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my