ANDA pasti kagum melihat kecanggihan dan kecekapan kilang Honda memasang kereta-kereta jenama itu dengan menggunakan alatan dan perkakasan robot serba moden, dan juga mesra alam.
Pada sesi pandu uji Honda Civic (2019) facelift di Bangkok baru-baru ini, kami berpeluang melawat kilang pemasangan Honda di Taman Industri Rojana, Prachinburi Thailand. Dengan keluasan 2.56 juta meter persegi dan tenaga kerja seramai 1,400 orang, kilang tersebut memiliki kapasiti pengeluaran hingga 120,000 unit kenderaan setahun.
Memang bertuah badan kerana dapat menyaksikan sendiri kecanggihan kilang bernilai 5.46 billion bhat (RM754 juta) itu. Berikut beberapa teknologi canggih yang sempat kami tinjau di fasiliti berkenaan:
BACA >>> #Spyshot: Imej Sisi Honda Jazz Baharu Bocor Sebelum Lancar di Tokyo?
1. BARISAN PEMASANGAN
Ini ialah kilang dengan teknologi barisan Sel Revolusi Pemasangan (Assembly Revolution Cell, ARC) yang pertama di dunia. Teknologi membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran hingga 10 peratus berbanding barisan pengeluaran konvensional.
Sistem ini turut dibantu dua lagi sistem tambahan: Pluto dan Disc yang berfungsi memberikan arahan visual dan audio untuk meminimumkan kesilapan pemasangan.
2. GUNA AIR UNTUK HANTAR KOMPONEN KENDERAAN
Sebagai kilang mementingkan penjagaan alam sekitar, sistem penghantaran frem dan komponen kereta ke barisan kimpalan adalah melalui konveyor air sebagai salah satu cara menjimatkan penggunaan tenaga.
BACA >>> Honda Civic Type R Diiktiraf Kereta Terbaik Tahunan Top Gear - Bolot 3 Anugerah!
3. SEMBURAN CAT MESRA ALAM
Menggunakan cat jenis mesra alam, iaitu berasaskan air (water borne) dan sistem 3 sadur/2 bakar (3-coat/2-bake) bagi mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2).
4. BUMBUNG JENDELA LANGIT @ SKYLIGHT
Satu lagi ciri canggih kilang Honda ialah bumbung jendela langit (skylight roof). Bumbung ini digunakan pada waktu siang untuk menerangi kawasan kilang dan kipas jet untuk mengalirkan udara dalam kilang. Ini bermakna, penggunaan elektrik dapat dikurangkan.
BACA >>>> Tempahan Honda Civic (2019) Facelift dengan Honda Sensing Kini Dibuka!
Leave a Reply