• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Uji SmartLane di NKVE dari Setia Alam ke Shah Alam, Atasi Sesak Waktu Puncak

PLUS Uji SmartLane di NKVE dari Setia Alam ke Shah Alam, Atasi Sesak Waktu Puncak

October 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 23 Oktober ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memperkenalkan ujian manual inisiatif SmartLane dari laluan susur keluar Setia Alam ke Plaza Tol Shah Alam pada waktu puncak sebelah pagi dalam usaha mengatasi kesesakan trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

PLUS bakal melaksanakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dan mewujudkan SmartLane elektronik, yang juga kaedah sama digunakan di lebuh raya Britain dan Belanda.

Ujian SmartLane ini akan meliputi jajaran NKVE antara KM3.2 dan KM9.2 (arah Utara) bermula jam 6.30 pagi - 9:30 pagi, dari  Isnin hingga Jumaat.

Sepanjang masa puncak waktu pagi itu, lorong paling kiri akan dibuka dan digunakan sebagai lorong tambahan sementara bagi menambah kapasiti lorong dan melancarkan aliran trafik.

BACA>>>PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R Tahun Depan

PLUS juga akan menempatkan anggota Polis dan PLUSRonda di lokasi, termasuk memasang papan tanda lalu lintas, menyediakan trak tunda tambahan di lokasi strategik dan menyediakan hentian kecemasan di KM5.6.

Pelaksanaan SmartLane terbahagi kepada dua fasa:

  • Fasa 1: Beroperasi secara manual mengikut papan tanda jalan yang dipasang sepanjang laluan terbabit.
  • Fasa 2: Beroperasi pada suku kedua 2020 dengan menggunakan teknologi Sistem ITS penuh.

Operasi SmartLane ini dijangka mengurangkan kesesakan waktu puncak di laluan Setia Alam-Shah Alam sebanyak 30-40 peratus.

BACA >>> Apa Bikin Lepak Lama-Lama di RnR? Inilah Jawapan PLUS

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Inisiatif Ujian SmartLane, Lebuh Raya, NKVE, Pilot Manual, PLUS, PLUS Malaysia Berhad, Sistem SmartLane, SmartLane, Ujian Manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev