• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Lancar Wildlander (2020), RAV4 Versi China dengan Gril Ala Lexus

Toyota Lancar Wildlander (2020), RAV4 Versi China dengan Gril Ala Lexus

October 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GAC-Toyota baru saja mendedahkan moel kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Wildlander (2020) yang boleh dikenal pasti sebagai Toyota RAV4 yang digayakan semula. Bagaimanapun, rupa kedua-dua model ketara berbeza,

Rekabentuk gril direka seakan gril spindel pada model Lexus seperti ES, UX, RX, NX, LC dan lain-lain, tetapi lebih kepada versi separuh. Jadi tidaklah nampak seakan kembar kepada model divisyen mewah Toyota itu.

Lampu utama Wildlander (2020) menggunakan teknologi Matrix LED dan lebih tirus berbanding RAV4 (2020), lampu kabus diposisikan semula, bampar direka baharu dan lampu belakang diperbaharui (lebih horizontal), sekali gus memberikan lebih ruang pada but belakang.

BACA >>> Toyota RAV4 (2019) Bakal Perkenal Enjin Petrol dan Hibrid

WILDLANDER 2.0L PETROL
WILDLANDER 2.5L HYBRID

Ada dua trenkuasa ditawarkan: 2.0L aspirasi natural (NA) petrol berkuasa 170hp, dan 2.5L hibrid (219hp). Versi konvensional akan menggunakan transmisi CVT, manakala hibrid dengan E-CVT bersama mod ECO, Normal dan Sport.

Seperti RAV4 (2020), Toyota nampaknya berminat dengan rekabentuk gril spindel Lexus versi separuh. Mungkin konsep ini diterima baik di pasaran seperti Amerika dan Kanada. Malah, Toyota pernah menggunakan rekaan gril seperti itu pada model Avalon (2020).

BACA >>> Toyota Avalon (2020) - Sedan Perdana yang Lebih Besar daripada Camry

Adakah Toyota akan menggunakan konsep gril sama untuk model global lain? Apapun ia bergantung kepada penerimaan pembeli.

Wildlander (2020) dijangka berada di pasaran menjelang penghujung tahun ini.

GALERI
WILDLANDER 2.0L PETROL
WILDLANDER 2.5L HYBRID

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GAC Toyota, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Roda4, SUV, Toyota, Toyota Wildlander

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my