• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Italjet Dragster 125, 200 Akan Muncul Semula di EICMA 2019

Italjet Dragster 125, 200 Akan Muncul Semula di EICMA 2019

October 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ITALJET Dragster bersedia melakukan kemunculan semula pada 2020 menerusi skuter popular jenama itu yang akan ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 pada November ini.

Skuter tersebut akan ditawarkan dalam dua varian enjin silinder tunggal 125cc (14.9hp, 12.5Nm) dan 200cc (19.8hp, 17Nm) jenis DOHC penyejukan cecair dengan transmisi CVT dan klac basah multiplat sentrifugal automatik, manakala kelajuan maksimum 125kmj.

Bagaimanapun, trenkuasa baharu ini bukan lagi jenis 2-lejang, sebaliknya dipasangkan enjin 4-injap 4-lejang yang patuh Euro4.

BACA >>> #EICMA2018: Italjet Dragster (2019) - Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

Suatu masa lalu, ramai peminat skuter menyukai Italjet Dragster kerana enjin 2-lejang model itu mudah ditala. Malah varian tertinggi memiliki enjin 180cc dan tidak sukar mendapatkan kelajuan maksimum hingga 160kmj. Di Eropah, skuter ini sinonim sebagai motosikal penghantar pizza.

Frem trellis yang ringan juga membuatkan Dragster mudah dikendalikan, dan beberapa versi model ini masih mampu bersaing dalam perlumbaan skuter dengan sukses.

Ada banyak ciri lain selain enjin yang disukai peminat skuter ini lama dulu. Mereka juga sukakan frem trellis, stereng-hub, swingarm sebelah, dan radiator di depan.

BACA >>> Italjet Buccaneer 250i - Enjin V-Twin 250cc, Harga RM15,500 Sahaja!

Justeru model kembali semula ini kekal dengan bahasa rekabentuk sama yang radikal. Masih ada frem trellis, ada gaya sportbike eksotik Bimota Tesi 3D dan perincian ala Confederate Motorcycles. Sebagai jentera yang akan muncul semula, semestinya sesuatu yang istimewa perlu dilakukan.

GALERI
italjet-dragster-2020-16
italjet-dragster-2020-11
italjet-dragster-2020-2
italjet-dragster-2020-4
italjet-dragster-2020-6
italjet-dragster-2020-7
italjet-dragster-2020-5
italjet-dragster-2020-8
italjet-dragster-2020-9
italjet-dragster-2020-10
italjet-dragster-2020-1
italjet-dragster-2020-15
italjet-dragster-2020-12
italjet-dragster-2020-14
italjet-dragster-2020-3
italjet-dragster-2020-13
italjet-dragster-2020-17
italjet-dragster-2020-18
italjet-dragster-2020-19
italjet-dragster-2020-20

SUMBER: Italjet.com

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Italjet, Italjet Dragster, Italjet Dragster 125, Italjet Dragster 200, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev