• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 - dari Jipang Klasik ke Scrambler Retro Moden!

#BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 - dari Jipang Klasik ke Scrambler Retro Moden!

October 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENGKEL K-Speed Custom dari Thailand melakukan modifikasi total ke atas Royal Enfield Interceptor 650 yang langsung menukarkan penampilan sportbike gaya retro itu kepada jentera scrambler yang cukup mencuri perhatian.

Model British itu kini tampil maskulin dengan  modifikasi ilham klasik daripada Triumph Scrambler.

Triumph Scrambler 1200 XC

K-Speed Custom mengubah suai beberapa komponen Interceptor 650 supaya berbeza daripada penampilan asal motosikal itu. Ia dimulakan pada bahagian roda menerusi pemilihan tayar off-road besar. Kemudian ekzos kembar hitam disematkan di sisi dengan gaya sama seperti model Triumph tersebut.

Tolok meter tidak lagi diletakkan di hendal, tetapi dipasang di sisi tangki minyak untuk gaya lebih unik. Pelana turut direka semula untuk mendapatkan imej klasik dan dipadankan dengan lampu LED di belakang. Bagaimanapun janakuasa tidak disentuh masih menggunakan enjin 648cc Parallel-Twin.

Enjin itu berupaya menghasilkan kuasa 47hp dan tork 51.5Nm dengan transmisi 6-kelajuan dan klac bantuan sliper. Royal Enfield mendakwa 80 peratus tork maksimum boleh diperah seawal rev 2,500rpm, sudah cukup untuk menggerakkan tayar besar baharu berkenaan.

BACA>>>#BikinMotor: Modifikasi Enjin KTM 390 Duke untuk Suzuki Raider 150 Fi

Penampilan baharu Interceptor 650 dengan tayar besar, pelana rata dan paip tinggi ini adalah mewakili hasil modifikasi rapi sentuhan K-Speed. Mungkin imej baharu itu boleh dipertimbangkan Royal Enfield untuk Interceptor 650 baharu nanti supaya dapat bersaing scrambler buatan Ducati dan Triumph!

BACA >>> #BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 Sentuhan OEM, Gaya Minimalis Serba Kemas

GALERI
Royal Enfield Interceptor 650_3
Royal Enfield Interceptor 650_5
Royal Enfield Interceptor 650_6
Royal Enfield Interceptor 650_4
Royal Enfield Interceptor 650_1
Royal Enfield Interceptor 650_2

SUMBER: RideApart

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, kustom, Modifikasi, motor kustom, roda2, Royal Einfield, Royal Enfield, Royal Enfield Interceptor 650, scrambler, Triumph Scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev