PENGELUAR motosikal dari China, CFMoto kini bersedia mengemas kini portfolio barisan produk jenama itu menjelang 2020. Terbaharu, foto model naked bike 400NK dan 650NK bocor di media sosial.
Sebelum ini model 400NK dikesan sedang ditunggang uji di India sebagai persediaan memasuki pasaran negara Asia Selatan itu.
Kedua-dua model itu menerima perubahan kosmetik minor tanpa melibatkan aspek mekanikal. Perubahan dapat dilihat sekitar tangki minyak yang membuatkan gaya motosikal kini lebih tajam dan panjang. Fender depan turut direka semula dan diberikan kemasan warna dwi tona.
BACA >>> CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!
400NK kini mendapat lampu utama jenis smoked, manakala rekaan kluster lampu tidak berubah, termasuk rekabentuk lain untuk kedua-dua model.
CFMoto nampaknya menggantikan konsol LCD 650NK dengan kluster instrumner TFT warna penuh, dipercayai unit sama seperti 250NK dan 300NK. Sementara itu, 400NK masih mengekalkan paparan LCD.
Tentang trenkuasa, kedua-dua model masih menggunakan enjin sama dari segi sesaran dan angka kuasa. 650NK dikuasakan enjin 649cc Parallel-Twin penyejukan cecair, manakala 400NK menggunakan enjin 400cc dengan konfigurasi silinder sama.
BACA >>> #Spyshot: Streetfighter dari China, CF Moto 400NK Dikesan Sedang Diuji di India
Dua model naked bike itu turut menggunakan beberapa komponen sama seperti model terdahulu. 650NK dan 400NK edisi 2020 itu khabarnya akan didedahkan CFMoto sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, bulan depan.
SUMBER: Bennetts.co,uk
Leave a Reply