• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG GT R dan GT C Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM1.5 juta

Mercedes-AMG GT R dan GT C Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM1.5 juta

October 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

600
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS dua tahun muncul di Malaysia, kini sudah tiba masa model impian Mercedes-Benz ini menerima penambahbaikan supaya kekal segara dan relevan di pasaran. Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan Mercedes-AMG GT R dan GT C versi dipertingkat (facelift).

Sejak debut 2014, AMG GT memang sinonim sebagai jentera prestasi tinggi Mercedes-Benz dengan DNA perlumbaan dan penyelesaian teknikal inovatif.

Kedua-dua model itu, AMG GT R dan GT C dibangunkan berasaskan nilai teras prestasi pemanduan unik. Hasilnya ialah jentera sport lincah dan bengis yang mencipta dimensi baru dalam persekitaran kompetitif. Model tersebut, yang tentunya memberikan keseronokan memandu sama ada di jalan raya atau trek lumba, menampilkan kemas kini minor pada rupa luaran dan dalaman.

BACA >>> Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan Kini di Malaysia, Harga RM350k

HARGA BERMULA RM1.5 JUTA

Kereta istimewa Mercedes-Benz ini dijual pada harga:

  • Mercedes-AMG GT R (kelabu) - RM1,712,888
  • Mercedes-AMG GT C (biru) - RM1,558,888

2. KOMPONEN LAMPU BERUBAH

Mercedes AMG GT C-8
Mercedes AMG GT C-4
Mercedes AMG GT R-7

Lampu utama LED didatangkan dalam bentuk selari untuk AMG GT coupé 4-pintu. Kluster tiga lampu sebaris berfungsi sebagai lampu siang (DRL), navigasi dan signal. Sistem reflektor multikebuk dengan tiga reflektor tunggal setiap satu untuk lampu suluh rendah dan tinggi bukan saja memastikan pencahayaan optimum, tetapi turut menyerlahkan penampilan sporty dan dinamik.

Lampu belakang LED juga tampak sporty dengan latar gelap. Padanan apron belakang baharu menyerlahkan imej kereta dengan dipadankan difuser hitam sporty yang direka semula untuk AMG GT C. Penutup ekzos direka baharu supaya sesuai dengan imej coupe.

Mercedes AMG GT R-10
Mercedes AMG GT R-8
Mercedes AMG GT C-4
Mercedes AMG GT C-18
Mercedes AMG GT C-10

Ekzos kembar AMG GT C berbentuk trapez dengan bumbung panoramik gentian karbon dan kaliper merah, manakala AMG GT-R diberikan kaliper brek kuning dan spoiler lumba, juga bumbung gentian karbon. Kedua-dua model dipasangkan rim tempa 5 jejari.

Mercedes-Benz turut menawarkan pilihan pakej parkir dengan kamera depan, ciri bantuan parkir Parktronic dan kamera undur.

BACA >>> Mercedes-AMG GT R Pelengkap Siri GT yang Penuh Kesempurnaan

SISTEM INFOTAINMENT LEBIH BESAR

Mercedes-AMG GT R dan GT C kini didatangkan standard dengan skrin kluster instrumen digital penuh 12.3-inci dan skrin multimedia 10.25-inci di konsol tengah. Kluster instrumen menawarkan rekaan skrin baharu dengan tiga pilihan paparan AMG: Classic, Sporty dan Supersport.

Kereta sport ini dilengkapi punat sentuh sebelah kiri stereng untuk memaparkan maklumat di panel instrumen kira atau kanan. Contohnya, meter kelajuan klasik, rev, navigasi atau sistem bantuan perincian data enjin.

Mercedes AMG GT R-14
Mercedes AMG GT C-14

Stereng AMG GT R (atas kiri) menggunakan material gentian karbon Dinamica, manakala stereng AMG GT C daripada kulit nappa gentian mikro Dinamica.

MEKANIKAL KEKAL

Mercedes-AMG GT R ialah model paling berkuasa dalam barisan famili MBM. Dengan enjin 4.0L V8 pengecas turbo kembar, model ini mampu meledakkan kuasa setinggi 585hp @ 6,250rpm bersama tork 700Nm @1 ,900 - 5,500rpm.

Dengan bantuan kotak gear dual klac, AMG SpeedShift DCT 7-kelajuan, pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 318kmj. Lebih menyeronokkan, Mercedes-AMG GT R dibekalkan lima mod pemanduan: Comfort, Sport, Sport Plus, Individual dan Race.

Atas kertas, AMG GT R akan berentap dengan Acura NSX, Audi R8 V-10, Ferrari 488GTB, Lamborghini Huracán, McLaren 570S, Porsche 911 GT3 RS. Walupun Mercedes-AMG GT C menggunakan enjin sama, tetapi diberikantalaan berbeza dengan kuasa 557hp dan tork 680Nm @ 1900-5750rpm, bersama transmisi AMG SpeedShift DCT 7-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 3.7 saat dengan kelajuan maksimum 317kmj. Sistem suspensi AMG GT R direka khas untuk kegunaan litar dengan dipasangkan suspensi wishbone, sendi stereng dan hab penyangkut depan dan gandar belakang daripada aluminium tempa.

BACA >>> Mercedes-AMG GT R Kini Di Malaysia - Enjin 4.0L V8, 585hp, Harga RM1.7 Juta Sahaja!
BACA >>> Nissan GT-R 50th Anniversary - Sempena Ulangtahun Separuh Abad yang Kekal Relevan

GALERI

MERCEDES-AMG GT R

Mercedes AMG GT R-1
Mercedes AMG GT R-2
Mercedes AMG GT R-3
Mercedes AMG GT R-4
Mercedes AMG GT R-5
Mercedes AMG GT R-6
Mercedes AMG GT R-7
Mercedes AMG GT R-8
Mercedes AMG GT R-9
Mercedes AMG GT R-10
Mercedes AMG GT R-11
Mercedes AMG GT R-12
Mercedes AMG GT R-13
Mercedes AMG GT R-14
Mercedes AMG GT R-15
Mercedes AMG GT R-16
Mercedes AMG GT R-17
Mercedes AMG GT R-18
Mercedes AMG GT R-19
Mercedes AMG GT R-20
Mercedes AMG GT R-21
Mercedes AMG GT R-22

MERCEDES-AMG GT C

Mercedes AMG GT C-1
Mercedes AMG GT C-2
Mercedes AMG GT C-3
Mercedes AMG GT C-4
Mercedes AMG GT C-5
Mercedes AMG GT C-6
Mercedes AMG GT C-7
Mercedes AMG GT C-8
Mercedes AMG GT C-9
Mercedes AMG GT C-10
Mercedes AMG GT C-11
Mercedes AMG GT C-12
Mercedes AMG GT C-13
Mercedes AMG GT C-14
Mercedes AMG GT C-15
Mercedes AMG GT C-16
Mercedes AMG GT C-17
Mercedes AMG GT C-18

 

 

Related

600
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sport, Mercedes, Mercedes-AMG GT C, Mercedes-AMG GT R, Mercedes-Benz Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia (MBM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev