• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Siar Video Acah Kedua 1290 Super Duke (2020)

KTM Siar Video Acah Kedua 1290 Super Duke (2020)

October 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI baru saja mengesahkan kehadiran Streetfighter V4 (208hp) pada 23 Oktober ini, iaitu hari sama debut streetfighter supercas Kawasaki Z H2. Walaupun spesifikasi model Kawasaki itu belum didedahkan, kuasa yang dihasilkan diramalkan menjangkau 200hp. Kedua-dua model itu bakal dilancarkan sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019.

Lain pula ceritanya pengeluar Austria ini yang mana mereka baru saja mendedahkan satu video acah KTM 1290 Super Duke (R?). Di penghujung klip video 29 saat dengan tajuk 'Data Testing' di bawah iini tertulis 5.11.2019 dengan tanda pagar #GetDuked.

Video acah pertama sebelum ini (22 saat) memaparkan proses pembuatan yang menunjukkan model itu akan menggunakan banyak komponen gentian karbon, termasuk proses mengecat frem, dan memasang absorber, sproket dan ekzos.

BACA >>> KTM Siar Video Acah 1290 Super Duke (2020), Akan Lancar di EICMA November Ini

Ini bermakna model tersebut akan didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA). Motosikal dipaparkan dalam video itu dipercayai model prototaip, tetapi sayangnya perincian jentera itu masih disimpan rapi. Malah, klip video itu hanya mendedahkan bahagian belakang, tayar dan ekzos berserta deruma bunyi garang.

BACA >>> KTM 1290 Super Duke GT - Jentera Pengembaraan

KTM 1290 Super Duke R_4
KTM 1290 Super Duke R_5
KTM 1290 Super Duke R_6
KTM 1290 Super Duke R_3
KTM 1290 Super Duke R_1
KTM 1290 Super Duke R_2

1290 Super Duke (2020) khabarnya didatangkan dengan segudang penambahbaikan seperti subfrem aloi tuang, dan bukan lagi trellis. Bahagian rim direka baharu dan begitu juga komponen ekzos. Kemas kini turut dilakukan pada badan, grafik dan tema warna.

Ciri lain yang dapat dikesan ialah lampu LED penuh, skrin TFT digital dan swingarm tunggal. Lampu utama kekal dengan rupa seperti terlihat pada imej intip sebelum ini. Trenkuasa turut mengalami perubahan bagi memenuhi syarat emisi Euro 5 menerusi enjin baharu LC8-V2 dengan radiator lebih besar dan sistem penyejukan baharu.

Rnjin 1,301cc V-Twin itu dijangka mampu meledakkan kuasa antara 180hp-190hp.

BACA >>> #Spyshot: KTM 1290 Super Duke R (2020) Dikesan Ditunggang Uji di Eropah

VIDEO ACAH 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM 1290 Adventure, KTM 1290 Super Duke R, roda2, street fighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev