• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi Petrol: Mekanisme Kad95 untuk M40 Akan Diumumkan 5 Bulan Lagi

Subsidi Petrol: Mekanisme Kad95 untuk M40 Akan Diumumkan 5 Bulan Lagi

October 15, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN akan mengumumkan hasil kajian mekanisme subsidi petrol untuk kumpulan M40 (isi rumah pendapatan sederhana) tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini menurut Bernama.

Beliau berkata, Kerajaan masih dalam peringkat meneliti mekanisme berkenaan yang dijangka siap menjelang Mac 2020, kira-kira lima bulan lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi 'In Conversation with the Finance Minister and Halifax Bank of Scotland whistleblower, Paul Moore,' (Bicara Bersama Menteri Kewangan dan Pemberi Maklumat Halifax Bank Of Scotland, Paul Moore) di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan Kerajaan akan mengumpulkan maklumat bagi menentukan bilangan penduduk kumpulan M40 yang layak untuk menikmati manfaat Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar seperti diumumkan Belanjawan 2020, Jumaat lalu.

BACA >>> #Bajet2020: Kad95 Akan Diperkenalkan, Tidak Layak BSH Pun Boleh Dapat Subsidi Petrol!

Kumpulan M40 yang tiada data dalam Bantusan Sara Hidup (BSH), sekali gus tidak layak PSP bersasar, turut berpeluang mendapat subsidi petrol menerusi agihan Kad95 dengan nilai sama, iaitu RM30 sebulan (kereta) dan RM12 sebulan (motosikal).

Namun, belum ada sebarang perincian dijelaskan mengenai kaedah pelaksanaan pasa sesi belanjawan tempoh hari.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Golongan M40, Kad95, Lim guan eng, Menteri Kewangan, Program Subsidi Petrol (PSP), PSP, Subsidi Petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my