• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah

Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah

October 15, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERJALANAN anak muda dari Cervera, Sepanyol ini demi mengejar impian sebagai pelumba terbaik dalam sejarah Kejuaraan Dunia MotoGP bukan semudah dan seindah dibayangkan.

Marc Marquez, 26, memang terkenal sebagai pelumba berhati kering di litar MotoGP yang bukan saja beberapa kali mengecewakan legenda hidup Valentino Rossi, tetapi juga pelumba-pelumba hebat lain. Namun segala kejayaan, keberanian, kemahiran, dan jiwa yang kental dimilikinya itu tergilap seawal usia empat tahun!

Ini prakata dicoretkan Marquez dalam buku ‘Una Mirada al Mágico 2010’ (A Look At The Magical 2010). 

Apabila aku minta motosikal daripada orang tua, kau tak pernah terfikir satu hari nanti akan jadi juara dunia. Lagipun kau baru 4 tahun! Tapi sekarang aku lihat semua impian itu jadi kenyataan dalam setahun saja, aku hanya mampu berterima kasih kepada mereka yang membantuku, terlalu ramai. Sampai kemenangan bergantung kepada kau, sampai takdir berada dalam tangan kau, selebihnya disokong kerja, usaha dan pengorbanan, serta peluang diberikan. Terima kasih semua ikhlas dari hati."

Itu cuma secebis kata ketika beliau mengimbau kembali detik meraih gelaran juara dunia pertama 125cc seawal usia 17 tahun yang juga salah satu kemenangan daripada 201 hadiah besar yang dirangkulnya sebelum itu.

Beberapa minggu selepas perlumbaan Grand Prix 125cc di Estoril, Portugal, bapanya, Julia Marquez berkata;

"Ketika saya tengok dia menderita di Estoril, saya putuskan mahu simpan air mata untuk Valencia. Saya mahu ia jadi air mata kegembiraan, dan bukan penderitaan. Dan ia jadi kenyataan!"

BAKAT YANG DILAHIRKAN

Marc Marquez_11
Marc Marquez_7
Marc Marquez

Sejak kecil, Marquez sudah mampu membuat beberapa individu hebat yang bekerja dengannya terpesona, daripada Guim Roda dan Àlvar Garriga hingga Santi Hernandez dan Carlos Linan yang terkenal. Itu belum lagi kita bercerita tentang juruteknik dan mekanik yang mengotorkan tangan mereka ketika bersama pelumba itu sejak usianya muda. Marquez bolehlah diibaratkan bakat sukan semula jadi seperti Lionel Messi dalam bola sepak dan Rafael Nadal dalam tenis.

"Apa yang mengagumkan ketika saya jumpa dia ialah kematangannya. Dia budak 12 tahun yang apabila kau bercakap dengannya, dia nampak macam umur 25 tahun," kata mentornya, Emilio Alzamora, juga bekas juara dunia 125cc, 1999.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

Menurut Alzamora, Marquez ada segalanya yang sangat jelas dan keghairahannya yang besar sudah sedia muncul. Marquez dulu berbadan kecil dan selalu motosikal yang ditunggangnya sangat berat, tetapi dia sudah berlumba hingga had yang menunjukkan bakat luar biasa.

"Dia seperti span sebenar yang akan mendengar dengan teliti sebarang nasihat orang-orang sekelilingnya. Dan dia simpan segalanya dalam cakera kerasnya. Dan fakta penting lain untuk fahami karier Marquez, dia memiliki keluarga yang hebat, merendah diri dan seperti dirinya juga, sanggup menerima semua nasihat," katanya.

BUDAK INTROVERT YANG PERFECTIONIST

Pemilik pasukan Procurve, Roda, yang kini menjadi ketua krew Kawasaki Racing Team (KRT) ialah jurulatih yang pernah mendidik Marquez bermula usia 9 hingga 11 tahun. Menurutnya, Marquez sekarang memang tidak sama dengan dirinya yang dahulu. Marquez yang dulu adalah misteri, bertubuh kecil, serius, memendam rasa dan senyap.

"Dia budak dengan tekanan, yang bukan datang dari ibu bapanya, tetapi dirinya sendiri!  Aku tak tahu kalau itu sudah berakhir, dan dia hanya faham dengan menang," kata Roda.

Bekas mekanik Marquez, Garriga masih mengingati betapa  bintang MotoGP itu bukan hanya mahu menang, tetapi juga mahu segalanya sempurna.

"Sudah tentu pada usia 9 tahun, itu gila. Tetapi seperti dikatakan Alzamora, dia memang lelaki gila yang gilakan kesempurnaan."

"Dia boleh habiskan sehari menangis kalau kalah. Tidak manusia yang boleh pujuk dia. Mustahil. Bagi Marquez, dapat nombor dua seperti jatuh ke neraka."

"Aku cakap kepada dia, OK, aku terima ini bukan game kau, ini passion kau, sukan kau, tapi dalam sukan kau kena kalah dan menang. Aku cuma nak kau faham. Tapi dia tak pernah dapat terima kekalahan, dia tak faham," kata Garriga

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

SUMBER: Elperiodico

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 2019 MotoGP, Àlvar Garriga, Carlos Linan, Emilio Alzamora, Grand Prix, Guim Roda, Honda Repsol, Julia Marquez, Marc Marquez, MotoGP, roda2, Santi Hernandez

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev