• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuah Selalu Leret Kad BonusLink di Stesen Shell, Neeraj Bawa Balik BMW X3!

Tuah Selalu Leret Kad BonusLink di Stesen Shell, Neeraj Bawa Balik BMW X3!

October 15, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka kad BonusLink yang selalu dileretkan Neeraj Kumar setiap kali mengisi petrol, membeli minyak pelincir Shell atau apa saja barangan di stesen minyak Shell akhirnya membawa tuah kepadanya apabila terpilih untuk membawa pulang BMW X3 xDrive30i Luxury bernilai RM320,000!

Neeraj, yang berasal dari Pulau Pinang, diumumkan sebagai pemenang peraduan 'Menangi 3 BMW X3' anjuran Shell dan BonusLink. Menurutnya, apabila mendapat panggilan dari BonusLink, dia rasa bagaikan bermimpi kerana memenangi kereta mewah BMW X3.

BACA >>> #TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?

"Saya guna minyak Shell sejak beli kereta pertama, tetapi tidak sangka akan menang hadiah besar dengan hanya  meleret kad BonusLink di Shell. Terima kasih Shell dan BonusLink atas ganjaran ini," katanya.

Syarat peraduan itu, setiap pembelian bernilai RM40 secara kumulatif dalam tempoh hari sama melayakkan pemegang kad BonusLink mendapat satu penyertaan untuk merebut peluang menang BMW X3 atau 300 baucar Shell bernilai RM300 setiap satu.

Peraduan tersebut berlangsung 23 September hingga 24 November ini dengan menawarkan mata ganjaran tambahan 30,000 BonusLink jika dileretkan di stesen Shell sepanjang tempoh peraduan.

BACA >>> Shell Malaysia Jalin Kerjasama dengan KPDNDHEP untuk Banteras Produk Tiruan

bonuslink-shell-malaysia
menang-3-bmw-x3-shell-malaysia

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, kempen itu dianjurkan bagi menghargai pelanggan setia yang menyokong Shell.

"Di peringkat global, Shell adalah rakan kerjasama BMW Motorsport Premium dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan BMW Group Malaysia untuk menawarkan tiga unit BMW X3 xDrive30i Luxury sebagai hadiah utama," katanya.

Sepanjang tempoh peraduan, BonusLink akan menganjurkan siri jelajah seluruh Malaysia bermula Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak pada 5 Oktober dan 8 Oktober, disusuli Ipoh, Perak (19 Oktober 2019), Kuantan, Pahang (26 Oktober 2019), dan Johor Bahru, Johor (1 November 2019).

BACA >>> Shell Rimula Ultra 5W-30 - Tawar Jangka Hayat Minyak dan Sela Servis Lebih Lama

neeraj-kumar-shell-bmw-x3-2
neeraj-kumar-shell-bmw-x3-1
Peraduan Shell Bonuslink BMW X3_PanduLaju_2
Peraduan Shell Bonuslink BMW X3_PanduLaju_1

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW X3 xDrive30i Luxury, BonusLink, Menangi 3 BMW X3, peraduan, Shairan Huzani Husain, Shell, Shell Malaysia, Win 3 BMW X3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev