• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Plat RX-Z Palsu, Penjual Burger Dihukum Denda RM5k atau Penjara 3 Bulan!

Nombor Plat RX-Z Palsu, Penjual Burger Dihukum Denda RM5k atau Penjara 3 Bulan!

October 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG peniaga burger di Kuala Terengganu didenda Mahkamah Khas Trafik sebanyak RM5,000 atau tiga bulan penjara kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal jenis Yamaha RXZ miliknya, lapor Sinar Harian, semalam.

Tertuduh, Mohd Izhan Yusof, 25, dihukum selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan dimilikinya yang dibuat di Jalan Tengku Mizan, Kuala Terengganu kira-kira jam 6 petang pada 16 Ogos lalu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Nombor Pendaftaran PPD Beri JPJ Pulau Pinang RM1.1 Juta! PPD1 Dibida RM120k

Dia boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Menurut laporan lagi, nombor pendaftaran palsu digunakan itu adalah milik motosikal abangnya sendiri, iaitu jenis Yamaha 125ZR.

Motosikal bernombor pendaftaran palsu itu asalnya ditunggang mekanik yang diupah tertuduh untuk membaiki kenderaan tersebut. Dia dikesan polis dalam Ops Samseng Jalanan selepas didapati berkelakuan mencurigakan.

BACA >>> Polis: Ubah Suai YSuku Tanpa Kebenaran Boleh Kena Sita!

* Gambar Yamaha RX-Z sekadar hiasan.

SUMBER: SinarHarian

Related

285
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kuala terengganu, Nombor Pendaftaran Palsu, Pasang Nombor Pendaftaran Palsu, Polis Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yamaha, Yamaha RX-Z

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev