• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!

#Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!

October 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik, Kerajaan bercadang menyediakan 500 unit bas elektrik dengan peruntukan RM450 juta untuk dimanfaatkan sektor pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ berkata, usaha itu menunjukkan komitmen Kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam dan mewujudkan bandar bersih dan hijau.

Bas yang bakal disediakan itu melibatkan pelbagai saiz. Guang Eng turut berkata, Kerajaan akan terus menyokong sambungan last-mile di kawasan luar bandar dan bandar menerusi pemberian subsidi kepada pengusaha bas dengan peruntukan sebanyak RM146 juta.

Subsidi last-mile melibatkan laluan kurang penumpang, tetapi masih memerlukan pengangkutan awam.

BACA >>> Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile

Sebagai makluman pada Januari 2019, Kerajaan memperkenalkan pas bulanan tanpa had: My50 dan My100 untuk semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL. Skim ini memberi manfaat kepada lebih 120,000 pengguna pengangkutan awam.

BACA >>> #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

Kerajaan turut melancarkan Pas Mutiara di Pulau Pinang untuk perjalanan tanpa had selama sebulan dengan harga RM50 bagi perkhidmatan Rapid Bus dan Rapid Ferry.

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bajet 2020, Bas, bas elektrik, Bas EV, Lim guan eng

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my