• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Bajet2020: Kad95 Akan Diperkenalkan, Tidak Layak BSH Pun Boleh Dapat Subsidi Petrol!

#Bajet2020: Kad95 Akan Diperkenalkan, Tidak Layak BSH Pun Boleh Dapat Subsidi Petrol!

October 11, 2019 By Abang GYL 2 Comments

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERITA baik, kepada mereka yang bukan penerima BSH, Kerajaan akan memperkenalkan Kad95 untuk turut sama menikmati subsidi petrol 30 sen seliter, tetapi terhad untuk 100 liter sebulan (kereta) atau 40 liter sebulan (motosikal).

Kad95 ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020. Bagaimanapun, pemilik kenderaan mewah tidak layak untuk menikmati subsidi bersasar ini. Harap maklum dan minum kopi latte!

KERETA 1,600cc KE BAWAH, MOTOSIKAL 150cc KE BAWAH

Bermula 1 Januari 2020, Program Subsidi Petrol (PSP) akan dilaksanakan yang bakal memberi manfaat kepada 8 juta pemandu dan penunggang layak, terutama golongan B40.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penerima Bantuan Sara hidup (BSH) akan menerima kadar subsidi RM30 sebulan (kereta) dan RM12 sebulan (motosikal) yang akan dimasukkan terus ke akaun setiap empat bulan sekali.

Namun, bantuan PSP ini dikecualikan untuk penerima BSH di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, sebaliknya harga RON95 dikekalkan pada kadar tetap RM2.08 di sana.

BACA >>> Subsidi Petrol: Mula 1 Januari 2020, Bantuan Tunai Masuk Terus ke Akaun!

Ada empat lagi syarat PSP, iaitu penerima BSH mestilah:

  • Pemilik kereta dengan kapasiti enjin bawah 1,600cc.
  • Pemilik kereta dengan kapasiti enjin lebih 1,600cc, usia kereta mesti lebih 10 tahun.
  • Pemilik motosikal dengan kapasiti enjin bawah 150cc.
  • Pemilik motosikal dengan kapasiti enjin lebih 150cc, usia motosikal mesti lebih 7 tahun.

Pada masa sama, harga petrol RON95 dan diesel akan diapungkan bermula tarikh sama. Ini bermakna, Kerajaan tidak akan lagi menanggung subsidi bahan api sekiranya harga petrol RON95 lebih RM2.08 seliter.

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bajet 2020, Belanjawan 2020, Lim guan eng, Menteri Kewangan, Program Subsidi Petrol (PSP), PSP

Comments

  1. Mohd Idrus Bin Hj Mohd Salleh says

    October 13, 2019 at 1:55 PM

    Jika ianya berlaku..terimakasih atas keperhatinan kerajaan keatas golongan pertengahan..syabas

    Reply
  2. GUNASEGARAN A/L MUNIANDY says

    April 9, 2020 at 5:44 AM

    Thank you

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my