• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Bocor Foto Kawasaki Z H2 Supercas di Internet!

#Spyshot: Bocor Foto Kawasaki Z H2 Supercas di Internet!

October 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BARU sehari Kawasaki mendedahkan video acah ketiga untuk supernaked supercas baharu akan datang, kini muncul pula imej 'Z H2' versi lebih jelas. Model baharu ini dijangka melakukan debut rasmi pada 23 Oktober nantu di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019.

Imej bocor Z H2 itu dipercayai diambil ketika dipasang dalam kotak pengangkutann, sama seperti model import (CBU) lain yang dihantar pengeluar. Seperti disiarkan video acah kedua lalu, rupa depan mempunyai unit lampu utama kembar LED, sama seperti Z1000, tetapi lebih maskular.

Lampu utama itu diapit visor angin kompak sebagai pengangkis angin ketika jentera ini ditunggang dengan halaju gila. Fairing sisi dipasangkan set winglet yang berfungsi memberikan efek aerodinamik pada bahagian depan, terutama ketika kelajuan mula mencecah tiga digit.

BACA >>> Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?

Imej seterusnya memberikan gambaran bar hendal rata bersama konsol instrumen TFT warna penuh baharu dan suis elektronik moden. Slot kunci terletak di atas tangki minyak besar, juga sama seperti motosikal moden lain. Tetapi rekaan penutup tangki minyak kini berbeza mengikut asas rekabentuk yang lebih bersegi.

Z H2 serba baharu ini dikuasakan enjin empat sebaris, 998cc supercas, sama seperti dimiliki Ninja H2. Bagaimanapun, bagi versi naked, Kawasaki dijangka melakukan talaan semula mengikut karaktar motosikal berkenaan. Enjin H2 mampu meledakkan kuasa setinggi 197hp @ 11,000rpm dan tork 134Nm @ 10,500rpm.

BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Model Z Baharu dengan Enjin Supercas
BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Kedua Model Z Baharu dengan Enjin Supercas
BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Ketiga dengan Nama Z H2, Lancar 23 Oktober Ini

SUMBER: BikeWale.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Z H2, Kawasaki Z H2 Supercharged, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, roda2, Spyshot, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev