• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cody Walker Turun Malaysia Sempena Retro Havoc Hujung Minggu Ini!

Cody Walker Turun Malaysia Sempena Retro Havoc Hujung Minggu Ini!

October 10, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOURISM Malaysia bersama penganjur Retro Havoc dan Reach Out World Wide (ROWW) bekerjasama menganjurkan acara pameran kereta 'Drive 4 Paul' di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada 12 Oktober ini.

Acara Retro Havoc itu, yang memasuki tahun ke-6  sejak diperkenalkan pada 2014, akan menampilkan Cody Walker, iaitu adik kepada aktor Hollywood, mendiang Paul Walker yang terkenal dengan francais Fast & Furious.

ROWW pula ialah organisasi bukan Kerajaan (NGO) dari Amerika Syarikat yang diasaskan mendiang Paul bagi membantu mangsa bencana alam seluruh dunia.

BACA >>> Dokumentari I Am Paul Walker Ditayangkan Bulan Depan di Amerika


Acara ini akan menampilkan pameran kereta dan automotif pada 12 Oktober ini, manakala pada 13 Oktober, konvoi 'Drive 4 Paul' akan memulakan perjalanan dari Hotel Equatorial Kuala Lumpur menuju Putrajaya dan destinasi akhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Lebih 420 kenderaan klasik dan vintaj akan dipamerkan kepada umum dengan bayaran masuk  cuma RM10 sahaja. Antara kereta yang bakal dipamerkan termasuk unit replika daripada filem Fast & Furious seperti Nissan Skyline GT-R R34, Ford Escort Mk1, Subaru Impreza, dan banyak lagi.

BACA >>> The Fate of the Furious Lancar Treler Rasmi, Dom Jadi Budak Jahat

Semua tiket penyertaan, jualan, yuran pendaftaran dan barangan, termasuk makanan dan minuman akan disalurkan terus kepada ROWW.

Related

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cody Walker, pameran kereta, Paul Walker, Reach Out World Wide (ROWW), Retro Havoc, ROWW

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev