MITSUBISHI Zinger. Ini bukan nama burger, tetapi model kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dijual untuk pasaran Taiwan.
Model MPV ini ada kaitan rapat Mitsubishi Kuda (tolong jangan ketawa) yang dipasarkan di Indonesia. Malah, pernah memasuki negara lain seperti Filipina dengan nama Adventure, Vietnam (Jolie) dan China, termasuk Taiwan (Freeca).
Freeca menamatkan pengeluaran pada awal 2000 sebelum digantikan Zinger (2020) hadir pada 2005. Apa yang menarik mengenai model ini, ia dibangunkan berasaskan Challenger, iaitu pengganti Pajero Sport.
BACA >>> Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?
Trenkuasa Zinger (2020) dipacu enjin 4G69 MIVEC daripada Grandis. Baru-baru ini, MPV tersebut menerima penambahbaikan dari China Motor Corp (CMC) menerusi perubahan rupa luaran dengan lampu depan baharu lebih moden dan bampar sporty.
Lampu kabus depan kini berbentuk bulat dan bersaiz besar untuk profil lebih gagah. Dari sisi, Zinger (2020) dipasangkan rim sport baharu, manakala rel bumbung masih dikekalkan. Rupa belakang model ini dipadankan bampar dan spoiler baharu.
BACA >>> Pam Minyak Rosak: Vietnam Panggil Balik 14k Unit Mitsubishi Xpander Buatan Indonesia
Menjengah ruang kabin, ambien dalaman yang sebelum ini menggunakan skema warna terang, tetapi kini digantikan dengan tona gelap. Panel instrumen digital dalam versi digital. Ciri keselamatan dipakejkan dengan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi, Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Bukit (HSA) dan lain-lain.
Zinger (2020) dengan kapasiti lima kerusi ini ditawarkan dalam tiga pilihan varian pada harga bermula NT$659,000-NT$769,000 (RM89,770-RM104,750).
Leave a Reply