• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Motorrad Malaysia Perkenal Tiga Program Servis Selepas Jualan Baharu

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Tiga Program Servis Selepas Jualan Baharu

October 9, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan program servis selepas jualan baharu, dinamakan 'Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti', khas buat pembeli baharu dan pemilik sedia ada.

Program itu, yang pertama seumpamanya dalam industri motosikal premium Malaysia, menggunakan standard sama seperti diamalkan BMW Motorrad peringkat global. Berikut perincian mengenai tiga teras utama yang akan dinikmati pelanggan jenama motosikal mewah dari Jerman itu.

BACA >>> BMW Motorrad Daftarkan Tanda Dagangan 'M'?

1. INKLUSIF MINYAK ENJIN BMW MOTORRAD

Program ini menawarkan dua pilihan servis:

  • 3 tahun (atau 30,000km)
  • 5 tahun (atau 50,000km)

Program ini menawarkan servis berkala menggunakan minyak enjin BMW Advantec dan penapis minyak untuk motosikal baharu dan bawah 10 tahun dari pendaftaran pertama.

Rekod servis mesti mengikut jadual servis disyorkan dan dilakukan di pusat pengedar BMW Motorrad sah sebagai syarat layak untuk program tersebut.

2. INKLUSIF SERVIS BMW MOTORRAD

Program ini menawarkan perkhidmatan tambahan selain Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad seperti di atas. Ia membabitkan servis pemeriksaan injap, dan minyak fork, termasuk menukar minyak transmisi, palam pencucuh, minyak brek, penapis udara, tali sawat CVT, penapis minyak dan minyak gandar belakang.

Program ini sah untuk tempoh 3 tahun (atau 30,000km) atau 5 tahun (atau 50,000km) buat motosikal BMW bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran. Rekod servis motosikal ini juga perlu mematuhi jadual servis disarankan, dan dibuat di pusat pengedar BMW Motorrad sah.

BACA >>> BMW Motorrad Buka Servis Sewa Motosikal di Eropah

3. LANJUTAN WARANTI BMW MOTORRAD


Program ini menawarkan perlindungan lanjutan untuk tempoh waranti asal diberikan pengeluar, termasuk baik pulih menggunakan alat ganti BMW tulen. Program ini boleh dibeli sebagai pakej tambahan sama ada 1 atau 2 tahun selepas tempoh waranti asal hingga tiga tahun untuk model yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Program ini ditawarkan untuk motosikal baharu dan yang berdaftar lebih 90 hari dari tarikh pendaftaran. Namun, tidak melibatkan tawaran BMW Motorrad untuk program Bantuan Jalanan yang diperkenalkan awal tahun ini.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

Berikut senarai harga pakej mengikut model:

SUMBER: BMWMotorradMalaysia

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, roda2, servis, servis brek dram, Servis Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my