• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apa Kata Orang Penting Ini Tentang Hafizh ke Angel Nieto Team?

Apa Kata Orang Penting Ini Tentang Hafizh ke Angel Nieto Team?

October 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

955
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA negara, Hafizh Syahrin akan kembali menghangatkan Kejuaraan Dunia Moto2 2020 dan kali ini beliau akan mewakili pasukan baharu, Angel Nieto Team. Dua musim dalam kelas premier MotoGP pasti memberikan pengalaman cukup berharga buat pelumba itu yang pasti akan digunakan beliau sebaik mungkin untuk mencabar kejuaraan kelas pertengahan itu.

Hafizh mula menyertai kejuaraan MotoGP bermula 2014 dan sejak itu menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila tersenarai dalam kelompok 10 pelumba terbaik Moto2 pada 2016 dan 2017, termasuk beberapa kali meraih podium. Pada 2011, dia pernah menjadi pelumba wild card untuk bersaing dalam kelas MotoGP.

Hafizh, 25, akan menyertai rakan pasukan dari Sepanyol, Aron Canet yang direkrut ke Moto2 dari kelas Moto3. Lebih menarik, Canet, 20, kini sedang berentap merebut takhta kejuaraan Moto3

Selamat datang, @Hafizh_pescao55!!

Welcome to the #AngelNietoTeam, Hafizh!

📰🇬🇧 | https://t.co/uOK1NwPdoP pic.twitter.com/90enTeBlDQ

— Angel Nieto Team MotoGP (@AngelNietoTeam) October 8, 2019

Apa pula komen beberapa individu penting tentang kemasukan Hafizh bersama Angel Nieto Team?

Saya mengalu-alukan Hafizh Syahrin bersama pasukan kami. Ini berita baik buat kami untuk menandatangani seorang pelumba berpengalaman dalam cabaran baharu Moto2. Kami merancang langkah besar ke depan pada 2020, kami meningkatkan aras dan saya tahu Hafizh dan rakan pasukannya nanti, Aron Canet akan bantu kami mencapainya. Hafizh ialah pelumba yang sudah ada beberapa tahun pengalaman dalam kategori ini, dan kami yakin kemampuannya untuk mencapai sesuatu yang besar. "

- JORGE MARTINEZ 'ASPAR', Pemilik Pasukan

Kami sangat gembira menyokong Hafizh untuk musim 2020 dalam Moto2 dengan Angel Nieto Team. Kami yakin Hafizh dapat beri cabaran serius untuk kejuaraan itu tahun depan. Hafizh ialah ikon negara, mentor dan inspirasi anak muda Malaysia, sangat bagus beliau meneruskan usahanya dan mungkin kembali ke MotoGP pada 2021. Hafizh pelumba berkredibel dan kompetitif, serta kehadirannya dalam kejuaraan dunia akan memastikan kejayaan berterusan pelumba-pelumba Asia."

- DATUK RAZLAN RAZALI, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 

Hafizh atlet Malaysia berbakat dan Kementerian menyokong penuh keputusaan beliau untuk meneruskan penyertaan perlumbaan antarabangsa dalam kategori Moto2. Pengalaman dan pencapaian sebelum ini akan beri kelebihan untuk bersaing dengan pelumba lain, serta akan jadikan beliau pesaing serius untuk mencabar lebih banyak podium tahun depan. Saya doakan terbaik untuk beliau, dan tidak sabar untuk dengar lagu 'Negaraku' dimainkan."

- SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN, Menteri Belia dan Sukan 

Apa pula kata HAFIZH SYAHRIN sendiri?

Saya rasa bersama Angel Nieto Team kami dapat buat kerja yang bagus musim depan. Moto2 bukan kategori baharu buat saya kerana pernah habiskan beberapa tahun di sana, tapi sekarang saya akan ada casis berbeza, enjin berbeza dengan lebih kuasa dan tayar berbeza. Saya pernah berlumba menentang majoriti pelumba dalam kelas ini dan saya rasa dapat masuk campur di depan. Saya akan berikan yang terbaik untuk jadi lima pelumba teratas, saya percaya dengan pasukan ini kerana pernah bekerja dengan beberapa orang di dalamnya, dan saya fikir kami boleh buat kerja yang bagus."

SUMBER: AngelNietoTeam.com

Related

955
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angel Nieto Team, Aron Canet, Auto Terkini, Bo55ku, Datuk Razlan Razali, Hafizh Syahrin, Kejuaraan Dunia Moto2, Moto2, moto2 2019, MotoGP, pescao, Pescao55, roda2, sukan permotoran, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev