• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MV Agusta Terima Dana 5 Tahun, Mahu Fokus Segmen Premium dan Pertengahan

MV Agusta Terima Dana 5 Tahun, Mahu Fokus Segmen Premium dan Pertengahan

October 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA dari Varese, Itali ini sedang membuatkan sebuah pengeluar motosikal ternama yang hampir muflis menarik nafas lega. MV Agusta kini mampu mengukir senyuman selepas mendapat dana untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pengeluar asal Itali itu juga mengumumkan beberapa perubahan dalam barisan pemimpin atasan. Paling ketara ialah Giovanni Castiglioni yang kini berpindah ke jawatan Penasihat. Pelan perniagaan baru itu juga bakal menyaksikan MV Agusta mensasarkan angka jualan tahunan sebanyak 25,000 unit motosikal dengan menumpukan kepada model premium dan pertengahan baharu.

Bermula 2019-2021, pelan perniagaan MV Agusta memerlukan pelaburan kukuh dalam rangkaian pengedaran global jenama itu dengan tumpuan diberikan pada pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

BACA >>> #Videotomotif: MV Agusta Sahut Cabaran Buka Penutup Botol Guna F3 800

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi MV Agusta, Timur Sardarov (foto atas) berkata;

Dalam tempoh 5 tahun akan datang, perhatian MV Agusta akan ditumpukan kepada pembangunan rangkaian jualan dan perkhidmatan serta pelaburan dalam pembangunan produk selain mengekalkan usaha dalam pendigitalan dan inovasi teknologi.

"Kami komited menawarkan produk terbaik dan terus menjadi penanda aras industri motosikal dalam kualiti, rekabentuk dan teknologi. Akhirnya, MV Agusta ada semua 'alat' untuk melakukannya."

DANA DARI KELUARGA SARDAROV

Seperti dijangka, pembiayaan pelan perniagaan itu datang dari keluarga Sardarov, dan Timur sendiri mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga dan CEO pada Disember tahun lalu. Beliau kini bergabung dengan barisan pemimpin seperti Massimo Bordi dan Paolo Bettin.

Tidak asing dengan kerja MV Agusta dan pembuatan motosikal, Bordi akan mengambil jawatan Naib Pengerusi Eksekutif. Beliau, yang terkenal sebagai bapa desmodromik 4-injap Ducati, turut pernah bekerja sebagai Pengurus Besar MV Agusta dan Cagiva pada zaman pelumba dan usahawan legenda Itali, Claudio Castiglioni.

BACA>>>MV Agusta Tebus Semula Saham daripada Mercedes - Kini Bebas Hutang

Dana diterima bukan saja membantu MV Agusta mencapai matlamat mapan untuk sekurang-kurangnya meredakan kebimbangan tentang masa depan jenama itu yang bukan saja pengguna, tetapi juga pembekal dan entiti industri lain.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Giovanni Castiglioni, MV Agusta, MV Agusta F3 800, roda2, Timur Sardarov

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my