• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

October 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEKANDA Valentino Rossi akhirnya mengesahkan adindanya, Marc Marquez sudah pun layak bergelar legenda selepas merangkul Kejuaraan Dunia MotoGP buat kali kelapan, termasuk enam kali dalam kelas premier, MotoGP. Malah menurutnya, pelumba Sepanyol itu bersedia mendapat 10 kejuaraan tanpa sebarang masalah.

Rossi juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan potensi Marquez untuk merangkul kejuaraan kesembilan musim depan, sekali gus menyamai rekod yang sedia dilakarnya. Tambahan lagi beliau kini masih bergelut dengan jentera Yamaha YZR-M1 berikutan masalah kehausan tayar belakang.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Menurut Rossi, dia sebenarnya lebih risaukan jentera berbanding memikirkan tentang hal podium. Memang ada benar juga kerisauan kekanda kita kerana kalau motor tidak cun dan mantop, macam mana hendak naik podium? Malah, kedudukannya sekarang merosot teruk di belakang dua lagi pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo sejak akhir-akhir ini.

Mengenai Marquez lagi, Rossi turut membandingkan bayi Alien itu dengan dirinya ketika di kemuncak prestasi.

Marc sebijik macam aku masa detik terbaik aku dulu kala. Dia dominate habis tahun ni, sama macam aku buat beberapa tahun lepas masa tengah top. Dia cuma buat silap kat Austin, tapi selain tu dia hampir perfect. Aku tak rasa dia payah nak dapat sembilan (kejuaraan).

"Aku kecewa sebab sia-siakan dua atau tiga kejuaraan masa karier dulu. Sebenarnya, aku buang dua dan satu tu depa buat aku kalah. Macam mana pun kira tigalah semuanya. Aku risau dia ligan aku kat sembilan."

Mungkin ada masih keliru dan kabur, terutama kepada peminat MotoGP BBNU, tentang apa dikatakan kekanda kita. Apa dimaksudkan Rossi dengan tiga kejuaraan yang dibuang itu ialah momen ketika dia berhijrah ke pasukan Ducati pada musim 2011 dan 2012 sedangkan dia ketika itu boleh saja kekal bersama Yamaha untuk melebarkan kejuaraan.

BACA >>> Rossi Tak Dapat Ikut Rapat Quartararo Sebab Tinggi

Namun, apakah pula dimaksudkan Rossi dengan satu lagi kejuaraan yang dia kalah disebabkan pasukan (atau orang lain)? Mungkinkah ketika dia kalah tipis kepada Nicky Hayden pada 2006, atau kepada Jorge Lorenzo pada 2015? Hmmm...

SUMBER: GPOne

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, roda2, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev