LAGI kelibat KTM RC 390 (2020) generasi baharu dikesan sedang ditunggang uji di Austria yang dijangka melakukan debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, November ini.
Ini bukan kali pertama foto intip RC 390 (2020) didedahkan, iaitu seawal Disember 2018 dengan rekabentuk serba baharu. Melihat foto intip terbaharu ini, bahagian fairing dan kluster lampu utama sportbike ini direka semula dengan jenis lampu halogen tunggal. Sebelum ini dua kluster lampu depan.
BACA >>> Spyshot: KTM RC 390 Baharu Sedang Diuji di Eropah, Saiz Badan Lebih Besar
Lampu signal belok disepadukan bersama fairing, manakala pelana didatangkan dalam bentuk terpisah kepada dua bahagian, penunggang dan pembonceng. Bar hendal kelihatan diposisikan semula untuk gaya tunggangan lebih relaks.
Beberapa laporan mendakwa RC 390 (2020) akan mendapat casis baharu, yang dipasangkan bersama fork terbalik di depan dan monoshock di belakang. Berdasarkan foto, motosikal ujian itu menggunakan sistem brek cakera di depan dan belakang, dan unit ekzos jenis tunggal.
RC 390 ketika ini dijana enjin silinder tunggal 373.2cc penyejukan cecair berkuasa 42hp dan tork 35Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berserta klac sliper. Enjin KTM baharu ini dijangka mematuhi piawaian emisi BS-VI.
BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat
Leave a Reply