• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru WRX STI EJ20 Final Edition - Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

Subaru WRX STI EJ20 Final Edition - Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

September 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ENJIN ikonik Subaru, EJ20 2.0L akan ditamatkan pengeluaran pada Mac tahun depan - 2020, manakala tempahan WRX STI dengan enjin tersebut akan dihentikan penghujung tahun ini.

Enjin EJ20 hanya eksklusif untuk WRX STI spesifikasi Jepun, manakala model eksport dijana enjin EJ25 2.5L dan masih diteruskan pengeluaran. Enjin horizontal itu kali pertama digunakan pada 1989 menerusi model Legacy dan berjaya menempa nama dalam sejarah sukan permotoran antarabangsa, terutama sekali model Impreza.

Trenkuasa itu jugalah yang bertanggungjawab melakarkan kejayaan gemilang dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan menguasai pesaing lain dalam pelbagai siri perlumbaan trek seperti 24 Hours of Nürburgring. Enjin EJ20 nyata cukup sinonim dengan Subaru dan sentiasa meniti di bibir peminat permotoran sedunia.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak

Sempena meraikan sejarah enjin tersebut, Subaru bakal menampilkan model prototaip WRX STI EJ20 Final Edition di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, bulan ini. Model pengeluaran itu cuma dikeluarkan 555 unit sahaja.

Tiada sebarang perincian spesifikasi didedahkan kecuali enjin EJ20 dan rim aloi BBS 19 inci. Turut kelihatan ialah plat 'EJ20 Final Edition' dan panel merah jambu pada gril.

WRX STI kali pertama ditayangkan di Pameran Auto Tokyo (TAS) pada Oktober 2007, dan model generasi sekarang sudah berada di pasaran sejak 2014. Pada tahun sama, WRX STI dengan enjin EJ25 turut dijual di Malaysia pada harga RM271,387, manakala model facelift debut pada November 2017.

Enjin EJ25 yang menjadi nadi WRX STI memiliki hamburan kuasa 298hp @ 6,000rpm dan tork 407Nm @ 4,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Di Malaysia, WRX STI (2018) dijual pada harga RM314,947.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI - 324hp, 500 Unit

GALERI

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 24 Hours of Nürburgring, EJ20, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Roda4, Subaru, Subaru Japan, Subaru WRX, Subaru WRX STI, Subaru WRX STI EJ20 Final Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my