• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kematian Akibat Kemalangan di UK Masih Tinggi Walaupun Ada Jalan Raya Paling Selamat Dunia

Kematian Akibat Kemalangan di UK Masih Tinggi Walaupun Ada Jalan Raya Paling Selamat Dunia

September 29, 2019 By Han Othman 1 Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAPORAN Jabatan Pengangkutan (DfT) Britain menunjukkan pengurangan angka kemalangan dan mangsa nahas di jalan raya seluruh Britain sepanjang 2018.

Laporan berkenaan didedahkan tidak lama selepas keluar statistik kemalangan Maut atau Cedera Parah (Killed or Serious Injury, KSI) yang mencatatkan peningkatan 5.9 peratus kematian dan 7.4 peratus cedera parah.

Menurut DfT, data didedahkan itu adalah berdasarkan repot melibatkan kecederaan peribadi akibat kemalangan jalan raya seluruh Britain yang dilaporkan kepada polis sepanjang 2018 menggunakan sistem repot STATS19. Ia juga membabitkan jumlah mangsa maut atau cedera dalam kemalangan tersebut, dan kumpulan pengguna di sesuatu rangkaian jalan raya.

BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

Statistik untuk penunggang motosikal masih menjadi mangsa kemalangan jalan raya tertinggi, iaitu 5,674 mangsa per bilion penumpang-batu dan 119.7 mangsa maut per bilion penumpang-batu.

Jumlah keseluruhan kematian dikaitkan motosikal di jalan raya Britain sepanjang 2018 ialah 354, meningkat 1 peratus daripada statistik 2017. Ia juga menunjukkan kematian dikaitkan motosikal melibatkan 20 peratus kematian daripada nahas kemalangan jalan raya seluruh negara.

Laporan juga menunjukkan keseluruhan mangsa motosikal menurun 7 peratus antara 2017 dan 2018, dengan keseluruhan 16,783 mangsa dilaporkan.

Ketua Keselamatan Jalan Raya Lebuhraya England, Richard Leonard berkata;

Sasaran kami adalah menyediakan rangkaian jalan raya yang tiada lagi mangsa maut atau cedera ketika menggunakan jalan raya - laporan hari ini pula menunjukkan masih banyak lagi perlu dibuat. Angka tersebut sangat membimbang dan keselamatan sejak 15 tahun kebelakangan ini sudah ditambah baik dan jalan raya kita pula antara paling selamat di dunia.

"Menambah baik keselamatan jalan raya memerlukan jalan raya selamat, kenderaan selamat dan pemandu selamat. Keselamatan ialah keutamaan tertinggi kami dan kami bekerja keras untuk menambah baik lebuh raya dan jalan raya England, dan kami perlukan bantuan anda.

"Ingat untuk periksa kenderaan anda, patuhi semua tanda dan fikirkan tentang pemandu lain."

SUMBER: VisorDown

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Department of Transport (DfT), Jabatan Pengangkutan (DfT) Britain, jalan raya, KTM, Richard Leonard, UK

Comments

  1. Media Klik says

    July 27, 2021 at 10:52 AM

    kalau difikir semula, antara tempat paling bahaya di dunia adalah di jalan raya. memang istilah jalanraya paling selamat itu kurang tepat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev