• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Titan (2020) Facelift Lancar di Texas, Bakal Saingi Ford F-150, Toyota Tundra

Nissan Titan (2020) Facelift Lancar di Texas, Bakal Saingi Ford F-150, Toyota Tundra

September 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN rancak dengan pelancaran model baharu apabila memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh Patrol dan Armada pada minggu sama, beberapa minggu lalu. Menyusul selepas dua model itu, trak pikap besar Titan (2020) facelift pula diperkenalkan di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 26 September lalu.

Titan berada dalam segmen lebih tinggi daripada Navara, atau setepatnya, menyaingi Ford F-150 dan Toyota Tundra. Pengguna AS memang gemarkan trak pikap besar seperti Titan kerana menawarkan kuasa tinggi selain menepati gaya hidup dan jenis perniagaan di negara Uncle Sam itu.

BACA >>> Kembar Patrol, Nissan Armada (2020) Kini di AS, Harga Bermula RM197k

2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-15-1200x645
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-22-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-18-1200x800

Titan (2020) facelift direka semula divisyen Nissan Design America (NDA) di La Jolla, California yang juga menjadi tempat kelahiran Titan sebelum ini. Model ini dibina bertemakan 'Perwira Berkuasa' (Powerful Warrior) dengan menumpukan kepada arkitektur rasuk pejal dan penampilan menonjol.

Identiti kontemporari Nissan dapat dilihat pada lampu utama LED dan lampu siang (DRL) LED dalam bentuk dua bilah bumerang. Selain bahagian depan, lampu LED turut digunakan pada ruang kargo dan lampu belakang. Lagi perubahan bahagian luar ialah bampar depan, gril, lampu kabus, rim dan tiga warna baharu. Setiap varian Titan tampil berbeza dengan tiga rekabentuk gril dan lima jenis rim bagi memenuhi cita rasa peribadi pelanggan AS.

Bahagian dalam menyerlahkan gaya dan perincian premium. Papan pemuka didominasi unit infotainment skrin sentuh 9 inci dan paparan multi-info (MID) 7 inci pada panel instrumen. Sistem audio dilengkapi 12 pembesar suara Fender® Premium dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Nissan Patrol (2020) Kini Lebih Sporty dan Elegan

ENJIN 5.6L BERKUASA 400hp, 560Nm

Varian Titan Crew Cab dilengkapi ciri mewah seperti bumbung panoramik dwi panel bersaiz 3 meter persegi yang juga antara saiz terbesar dalam segmen trak pikap.

Titan (2020) facelift dipacu enjin petrol 5.6L Endurance V8 berkuasa 400hp dan tork 560Nm serta dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan baharu dalam pilihan pacuan 4x2 atau 4x4.

Dari segi ciri keselamatan, Titan (2020) facelift memang canggih dan semua varian dilengkapi teknologi bantuan keselamatan pemandu, Nissan Safety Shield 360. 

Berikut ciri Nissan Safety Shield 360 yang ada:

  • Brek Kecemasan Automatik (EBA) dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB)
  • Brek Belakang Automatik (ARB)

Selain ciri tersebut, Titan (2020) facelift juga dilengkapi ciri seperti:

  • Amaran Pelanggaran Depan Pintar (IFCW)
  • Monitor Papar Keliling Pintar (IAVM)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ACC)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • Pengecaman Papan Tanda Trafik
  • Amaran Pintu Belakang

Titan (2020) facelift ditawarkan dalam dua pilihan gaya badan: King Cab dan Crew Cab. Ada lima varian untuk dipilih: S, SV, PRO-4X, SL dan Platinum Reserve. Trak pikap ini akan mula dijual seluruh AS bermula awal 2020.

BACA >>> #RetroAuto: Patrol - SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

NISSAN TITAN PLATINUM RESERVE

2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-22-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-27-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-16-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-18-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-4-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-9-1200x800
2020 Nissan TITAN Platinum Reserve-15-1200x645

NISSAN TITAN PRO-4X:

2020 Nissan TITAN PRO-4X-15-1200x800
2020 Nissan TITAN PRO-4X-25-1200x800
2020 Nissan TITAN PRO-4X-16-1200x800
2020 Nissan TITAN PRO-4X-11-1200x800

NISSAN TITAN SL

2020 Nissan TITAN SL-17-1200x800
2020 Nissan TITAN SL-15-1200x800
2020 Nissan TITAN SL-13-1200x800

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan Titan, Nissan Titan (2020) Facelift, Nissan USA, pikap, Roda4, Trak pikap, trak pikap saiz-penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev