SIAPA sangka teknologi kenderaan moden masa kini memungkinkan kenderaan yang sedang dipandu mampu bertindak sendiri untuk melindungi penumpang di dalamnya. Sistem keselamatan kereta dalam kategori Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology) berupaya membantu mengurangkan tahap teruk sesuatu kemalangan.
Malah, terdapat beberapa sistem direka untuk mengelak kemalangan sepenuhnya. Sistem pengesanan perlanggaran biasanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej yang memuatkan pelbagai sub sistem, di mana sistem lengkap bermula sekitar AS$1,000 (RM3,914).
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Bantuan Parkir dan Trafik (Traffic and Park Assists)?
Berikut beberapa teknologi keselamatan kenderaan baharu yang dibangunkan untuk mengelak perlanggaran. Ada yang sudah biasa anda baca dalam spesifikasi kenderaan baharu. Ada pula masih baharu dan masih berstatus premium.
1. BANTUAN BREK (BA)
Sistem Bantuan Brek atau Brake Assists (BA) berfungsi memantau perilaku kereta dan bertindak mengaktifkan kuasa pembrekan penuh apabila berdepan situasi kecemasan. Berasaskan bantuan sistem pengesanan perlanggaran dan pengecaman perilaku tipikal pemandu, sistem ini mampu membezakan antara situasi pembrekan normal dan kecemasan.
Dalam situasi berisiko tinggi, BA boleh mengurangkan jarak henti hingga 45 peratus. Menurut Institut Insuran bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), BA adalah antara teknologi baru paling meyakinkan untuk mengurangkan perlanggaran.
2. SISTEM AMARAN PERLANGGARAN (COLLISION WARNING SYSTEM)
Menerusi kombinasi kamera video, radar dan lidar, Sistem Amaran Perlanggaran (Collision Warning System) mampu mengesan sebarang kemungkinan berlaku perlanggaran. Sistem ini kemudian akan memainkan bunyi penggera kepada pemandu sebagai tanda amaran sebelum berlanggar, sekali gus membolehkan langkah pencegahan diambil. Walaupun sistem ini cuma memberikan pemandu sedikit masa tambahan, tetapi setiap masa tersebut pastinya sangat diperlukan untuk mengelak kemalangan.
3. BREK PROAKTIF (PROACTIVE BRAKING)
Sistem Brek Proaktif (Proactive Braking) berfungsi mengehadkan kemampuan kereta dengan mengaktifkan brek tanpa memerlukan input pemandu. Hasil bantuan pelbagai teknologi sensor, termasuk radar dan kamera video, kini pemandu dapat mengekalkan jarak selamat dengan objek lain. Apabila kereta dikesan terlalu hampir dengan sesuatu objek, tekanan ke atas brek akan diaktifkan untuk mengurangkan masa hentian. Sesetengah sistem mampu menggunakan kuasa pembrekan penuh untuk mengelak perlanggaran dekat.
BACA >>> Sistem Pembrekan Automatik Lengkapi Ciri Keselamatan Kereta Moden
4. SISTEM ELAK REMPUHAN DENGAN BANTUAN STERENG KECEMASAN
Menggunakan banyak teknik yang sama dengan teknologi pencegahan perlanggaran lain, Sistem Elak Rempuhan (Collision Avoidance System) secara proaktif bertindak menghindari kemalangan sepenuhnya. Sebagai tambahan kepada sistem Pembrekan Proaktif, sistem ini juga boleh mengehadkan kemampuan kereta menerusi Bantuan Stereng Kecemasan (Emergency Steering Assists) bagi membolehkan kenderaan dikawal keluar dari situasi kemalangan.
Leave a Reply