• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Bantuan Parkir dan Trafik?

#TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Bantuan Parkir dan Trafik?

April 26, 2016 By Azhan O 1 Comment

780
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU hari ini beruntung kerana kebanyakan kenderaan moden masa kini didatangkan dengan pelbagai sistem keselamatan kereta. Anda hanya perlu memilihnya bersesuaian dengan bajet kerana tidak dapat dinafikan sesetengah sistem keselamatan itu menelan kos yang mahal.

Sistem keselamatan kereta boleh dibahagikan kepada tiga kategori berbeza, iaitu: Bantuan Parkir dan Trafik (Traffic and Park Assits), Keselamatan Perlanggaran (Collision Safety) dan Keselamatan Pemanduan (Driving Safety). Artikel ini akan perihal Bantuan Parkir dan Trafik.

Seperti kita sedia maklum, banyak kemalangan berlaku apabila pandangan pemandu terganggu dan tiada cukup ruang untuk mengemudi kenderaan mereka dalam situasi seperti di lot parkir dan jalan raya yang sesak teruk. Jadi, sistem keselamatan dalam kategori ini berfungsi membantu mengatasi situasi genting tersebut menerusi penggunaan kamera video, sensor jarak, radar dan teknologi lidar.

1. BANTUAN PARKIR

bantuan-parkir-selari
Sistem Bantuan Parkir (Park Assist) menumpukan kepada cara kenderaan diparkir secara selari (atau sisi). Menerusi penggunaan sensor parkir, kamera video dan perisian, pemandu dapat memandu masuk ke dalam petak parkir selari dengan mudah.

Pemandu cuma perlu mengekalkan kawalan ke atas kelajuan kenderaan dan sebaik sahaja sistem dapat mengenal pasti poin tertentu, ia akan memandu sendiri ke dalam parkir. Sesetengah pengeluar turut menawarkan sistem automasi sepenuhnya.
Sistem itu membolehkan pemandu meletakkan kenderaan dalam ruang kecil, sekali gus mengurangkan peluang terlanggar bampar kereta lain. Kos sistem bantuan parkir ini bermula sekitar AS$500 (RM1,964).

2. AMARAN TRAFIK-LINTAS BELAKANG (RCTA)

amaran-trafik-lintas-belakang
Sistem Amaran Trafik Lintas Belakang atau Rear Cross Traffic Alert (RCTA) berfungsi mengeluarkan amaran apabila ada objek seperti kenderaan atau pejalan kaki melintas laluan kenderaan ketika sedang mengundur.

Apabila sensor di belakang mengesan sebarang objek yang datang, amaran berupa ton atau kelipan lampu akan diaktifkan. Sistem ini kerap dimuatkan bersama sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), manakala harga sistem bermula ratusan hingga ribuan ringgit.

3. AMARAN PROKSIMITI

amaran-kedekatan
Sistem Amaran Proksimiti (kedekatan) atau Proximity Alert beroperasi pada kelajuan rendah dan mengeluarkan amaran mengenai halangan di sekitar kenderaan yang mungkin anda tidak nampak.

Kamera dan sistem radar bekerja bersama untuk membantu mengesan halangan, sekali gus memberi amaran kepada pemandu sebelum berlaku perlanggaran. Sesetengah sistem berfungsi bersama brek. Kebiasaannya, anda tidak boleh membeli sistem ini berasingan kerana ia dipasang bersama sistem lain yang menggunakan sensor sama seperti Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC).

4. KAMERA UNDUR

kamera-undur
Kamera undur menawarkan pemandu pandangan belakang kenderaan secara penuh dan jelas. Kamera akan disambungkan kepada sistem infotainment kereta. Apabila pemandu memasukkan gear undur, skrin akan memaparkan imej daripada kamera. Sistem ini juga membantu mengatasi kekurangan pada cermin pandang belakang.

Jika kereta anda sudah siap dipasang skrin paparan, anda mungkin boleh membeli kamera undur pada harga serendah AS$150 (RM590). Ada yang berharga lebih murah dan dijual sebagai produk aftermarket.

Related

780
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: amaran kedekatan, amaran proksimiti, amaran trafik-lintas belakang, autotainment, bantuan parkir, bantuan parkir dan lalulintas, Bantuan Parkir dan Trafik, kamera undur, Park Assist, parkir selari, RCTA, Roda4, sistem keselamatan kereta, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev