• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selain Insentif Juara RM9j Setahun, Marquez Mengaku Suka Honda Sebab Dengar Cakap

Selain Insentif Juara RM9j Setahun, Marquez Mengaku Suka Honda Sebab Dengar Cakap

September 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARC Marquez ialah pelumba MotoGP yang menerima bayaran paling mahal, dianggarkan bernilai €15 juta (RM69 juta) setahun. Walaupun angka disebutkan itu mungkin tidak benar-benar tepat, tetapi tidaklah jauh terpesong daripada jumlah asal.

Honda Racing Corporation (HRC) dikatakan memberikan insentif €2 juta (RM9 juta) setahun secara automatik kepada pelumbanya yang merangkul kejuaraan. Jika Marquez sudah memenangi lima kali kejuaraan MotoGP, jadi secara praktik, pelumba Sepanyol itu sudah mendapat €10 juta (RM46 juta) sejak mengasah tayar di trek kelas premier.

Itu pun cuma tambahan untuk gaji asas dan belum termasuk bayaran berupa bonus, pengiklanan dan insentif lain yang dirundingkan Marquez sendiri. Setiap sen dilaburkan Honda untuk Marquez memang cukup bernilai. Ini kerana tanpa Marquez, kabinet trofi kejuaraan Honda pasti kosong.

BACA >>> Poncharal: Quartararo 'Satu-Satunya' Pelumba Boleh Cabar Marquez

Sebagai pasukan pengilang terkemuka dengan legasi sejarah gemilang, kegagalan menjuarai perlumbaan bukan lagi pilihan. Musim kemarau kejuaraan pada era Nicky Hayden (2006) dan Casey Stoner (2011) masih menjadi memori yang mahu dilupakan Honda.

SIMPAN ADA MAKNA?

Repsol Honda Team_2
Repsol Honda Team_3

HRC tahu mereka perlu mengekalkan Marquez, dan bukan sekadar simpan. Secara tersirat, Marquez dikekalkan dan disimpan adalah untuk menghalang dia berpindah ke pasukan lawan.

Sebenarnya, banyak pasukan berminat dengan Marquez dan Ducati adalah salah satu daripada pasukan tersebut. Suatu ketika dulu, Ducati pernah cuba membawa masuk kekanda Valentino Rossi, tetapi gagal. Satu-satunya usaha yang berjaya dilakukan adalah bersama Jorge Lorenzo.

ducati-logo
ktm-logo

Pasukan pengilang Itali itu sentiasa bersedia melaburkan sejumlah wang yang banyak kepada superstar tersebut dalam usaha merangkul kejuaraan MotoGP. Begitu juga KTM. Sila jangan ketawa kerana Marquez asalnya pun pelumba Red Bull pada 2009 ketika beraksi dalam kelas 125cc.

Walaupun ramai mencemuh dan cuba menahan ketawa serta berlakon serius, terutama peminat di Malaysia berikutan prestasi menimpa pelumba negara, Hafizh Syahrin dan pelumba harapan Perancis, Johann Zarco, tetapi KTM RC16 sebenarnya menunjukkan banyak kemajuan dari segi daya saing.

Malah, Red Bull sudah melaburkan banyak wang kepada KTM untuk MotoGP, dan tentu tiada had dari segi kewangan untuk menandatangani Marquez. Kalau tidak, tidak mungkinlah KTM sanggup menggajikan Dani Pedrosa sebagai penunggang uji pasukan itu yang juga mempunyai pengetahuan mendalam tentang keupayaan Márquez.

BACA >>> Penulis: Marquez Memang Sengaja Cuba Lemahkan Mental Lawan

KATA PUTUS DI TANGAN MARQUEZ

Jadi suka atau tidak HRC perlu ikut apa yang Marquez mahukan. Misalnya, HRC sudah mengubah polisi biasa untuk menukar jurutera mereka setiap tiga tahun dalam program MotoGP. Ini cuma sebahagian contoh permintaan Marquez.

Kata Marquez;

Sekarang, sikit-sikit HRC mula faham pasal kepentingan untuk berubah, lu perlu simpan dua atau tiga brader dalam projek itu jika nak semua OK," kata Márquez.

"Dan kemudian diorang mula faham perkara tu, dan juga berubah. Gua maksudkan diorang tu orang Jepun, sudah tentu diorang ada cara sendiri, tapi diorang dengar.

"Inilah sebab gua syok dengan Honda sebab gua rasa macam orang penting kat sini. Sebabnya, bila gua cakap, diorang dengar dan sekurang-kurangnya consider apa yang gua cakapkan tu, ini penting."

BACA >>> Tak Rela Kena Sailang Lagi, Marquez Tenang Ketepikan Quartararo; Hafizh Dapat Mata Lagi

Pengaruh Márquez dalam Honda memang bukan kenyataan melampau. Jika bercakap dengan sesiapa saja yang berurusan dengan HRC, pasti akan diberitahukan hal yang sama juga, iaitu Marquez memang diberikan banyak kawalan dalam Honda. Atau dalam bahasa yang lebih jelas, anak emas Honda sayang ucuk-ucuk.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, apakah MotoGP, Auto Terkini, Honda, Honda Racing Corporation (HRC), Honda RC213V MotoGP, HRC, Marc Marquez, Repsol Honda, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev