• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bautista Dapat Honda CBR 1000RR Fireblade dengan Teknologi MotoGP untuk WSBK

Bautista Dapat Honda CBR 1000RR Fireblade dengan Teknologi MotoGP untuk WSBK

September 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGHIJRAHAN Alvaro Bautista dari Ducati ke Honda sudah diketahui umum di padok Kejuaraan Dunia Superbike Dunia (WSBK) sejak sebulan lalu. Pelumba itu bakal menunggang jentera Honda CBR1000RR Fireblade (2020) bersama rakan pelumba dari Jepun, kemungkinan besar Takumi Takahashi.

Seperti diketahui, Honda sudah lama tidak merangkul gelaran juara dunia dalam WorldSBK hingga dilihat seakan mengabaikan kejuaraan tersebut, tidak seperti reputasi diraih dalam MotoGP dan MXGP. Honda bukan tidak pernah menang kerana pernah melakukannya pada WSBK 2007. Itupun sudah 12 tahun lalu.

BACA >>> Lakaran Paten Honda CBR1000RR (2020) Facelift Bocor, Ada Winglet dan Skup Udara?

logo-worldsbk
alvaro-bautista

Jadi, memang munasabah jika tahun depan Honda mahu serius dengan kejuaraan WorldSBK. Ini dapat dilihat menerusi pemilihan pelumba dan jentera seperti Bautista dan Fireblade.  Umumnya, penggunaan CBR adalah secara platform dan jenis trenkuasa tidak berubah daripada versi Fireblade sedia ada dengan enjin 4-silinder sebaris.

2020-honda-cbr1000rr-fireblade-sketches-1
2020-honda-cbr1000rr-fireblade-sketches-2

Namun, pada acara pelancaran nanti (23 Oktober), Honda CBR1000RR Fireblade (2020) akan menjadi superbike paling berkuasa (khabarnya 212hp) dengan ciri elektronik seperti dimiliki jentera MotoGP, RC213V.

Antara ciri itu ialah unit unjuran inersia (IMU), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Angkat Tayar Belakang (Rear Wheel Lift Control, RWLC), Pengurusan brek enjin elektronik (Electronik Engine Braking Managemen, EEBM), Kawalan Traksi dan Kawalan Luncur.

Fireblade juga khabarnya didatangkan dengan tambahan ciri teknologi injap variabel (VVT), V-TEC. Ada kemungkinan juga Honda memperkenalkan ciri aerodinamik aero-wing di sisi kanan dan kiri fairing. Apapun, nantikan saja kemunculan superbike ini di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Oktober depan!

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

* Imej dipaparkan cuma lakaran bayangan.

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alvaro Bautista, Auto Terkini, Honda, Honda CBR1000RR Fireblade (2020), Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), roda2, sukan permotoran, superbike, WorldSBK, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev