KUBU kapcai memang kukuh di Malaysia dengan pasaran pembeli yang cukup besar berbanding segmen skuter dan sportbike aras mula. Disebabkan itulah Malaysia tiada banyak pilihan produk untuk dua segmen tersebut. Ini ditambah pula pasaran motosikal yang kecil berbanding negara jiran ASEAN lain seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.
Kegilaan pembeli Malaysia dengan kapcai menyaksikan berlaku perang sesaran enjin. Secara teknikal, lebih besar enjin, maka lebih laju kapcai itu.
Namun, dari segi populariti, produk kapcai yang menduduki carta paling atas di Malaysia ialah Yamaha Y15ZR aka YSuku disusuli model pesaing lain seperti Honda RS150R, SYM VF3i dan Benelli RFS150i.
BACA >>> Benelli Sedang Bangunkan Kapcai Dua Silinder 200cc untuk Pasaran Malaysia?
BUKAN 200cc?
Tentang Benelli pula, pada Mac lalu kami sempat menulis artikel mengenai hasrat Benelli membangunkan kapcai 2-silinder 200cc. Ramai teruja, dan ramai juga yang tidak percaya.
Sekarang, lagi berita terbaharu kami dapat. Kali ini daripada seorang pembaca enggan dikenali yang mengaku ternampak model kapcai Benelli itu sedang menjalani ujian enduran di lebuh raya Bertam, Pulau Pinang. Sayangnya, kelibat jentera tersebut tidak sempat dirakamkannya.
Jadi, persoalan tentang sesaran enjin kapcai itu masih lagi samar. Adakah Benelli benar-benar menggunakan enjin 200cc? Atau mungkin 250cc atau 175cc?
BENTUK GABUNGAN YSUKU DAN RFS150i
Menurutnya lagi, kapcai yang dikesan dengan plat dagang tergantung itu memiliki rekabentuk sama seperti RFS150i. Cuma rupa belakang dan paparan meter digital penuh direka seperti YSuku. Sistem transmisi menggunakan kotak gear klac manual 6-kelajuan
Lampu utama pula ala RS150R yang dipadukan teknologi LED dengan rekaan baharu. Ekzos pula mirip RFS 150i (lihat foto atas).
BACA >>> Benelli RFS150i LIMITED EDITION - Terhad 5k Unit Sahaja, Siap Nombor Siri dan Sijil Khas!
LEBIH LAJU DARIPADA KAPCAI SYM?
Adakah kapcai Benelli itu lebih laju daripada VF3i yang kini memegang status kapcai standard paling laju di dunia? Ingat, jangan ingat kami tidak bertanya kepada Benelli sendiri untuk mendapatkan kepastian mengenai spekulasi berkenaan.
Betul ke Benelli akan keluarkan kapcai 200cc?
Menurut sumber Benelli;
Ya, tetapi itu cuma model prototaip untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D), dan bukan pula enjin 200cc, tetapi 250cc!
Ya, 250cc tuan-tuan!
Cuma katanya, status pemasaran prototaip itu bergantung kepada kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami difahamkan kapcai di Malaysia dihadkan di bawah 200cc dan jika tidak diluluskan, prototaip itu cuma sekadar projek R&D sahaja.
Betul ke kapcai dihadkan kepada 200cc sahaja?
Jangan risau, kali ini kami pergi pula tanya JPJ (bahagian automotif).
TIADA HAD SESARAN ENJIN KAPCAI DI MALAYSIA
Jelas JPJ, tiada had sesaran enjin ditetapkan untuk segmen kapcai selagi model itu mematuhi standard dan regulasi ditetapkan badan penguatkuasa itu mengikut segmen berkenaan.
Ingat, semakin besar sesaran enjin, maka semakin tinggi cukai jalan yang perlu dibayar pembeli, sekali gus berpotensi menjana pendapatan negara. Sudah tentu Kerajaan mendapat manfaat ekonomi.
Jadi apa yang kami cakap, projek Benelli itu sudah diberikan lampu hijau. Dan tidak mustahil Malaysia akan terima kapcai 250cc pertama di dunia!
BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang dan Sporty - Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!
Hazul says
Saya suka dia buka 200cc.. Dari pada dia body fact injin dan tak perlu keluar wang banyak...
Wahidalwie says
Harap nya bila dah ok.. tangki petrol biarlah boleh isi lebih 10 litre..
Noobmoto says
Betul jugak tu. Jangan beriya-iya power dah lebih, kena berhenti kerap pulak isi minyak. Termasuklah efficiency harapnya dapat selesai sehabis baik.
SamKL says
Terima kasih atas cadangan,. Kami akan ambilkira pandangan semua dlm pembuatan motorsikal kami.
Zacktrk says
Benelli sudah ada enjin 250cc yg dipadang pada trk251 dan lioncino..hanya perlu match and assemble saja dgn body RFS dan beberapa pengubahsuaian...kalau keluar aku akan beli. Skrg pakai TRK502. Sangat puas hati, berbaloi, jimat minyak spare part mudah dikacuk...banyak juga jual on line murah murah
tengku suehighme says
rasa2nya motor ni akan pakai enjin Benelli TNT 249s model tahun 2020.....2 silinder, 249cc, 31.5hp...ini spec utk benelli 249s:
Vehicle Type Motorcycle
Fuel Petrol
Engine Displacement 249.00 cc
Engine Details In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled 4 valves per cylinder, DOHC.
Bore x Stroke 61mm x 42.5mm
Compression Ratio 12:1
Engine Lubrication Pressure splash lubrication
Clutch Wet multi-plate
Fuel System Electronic injection
Maximum Power 31.5 hp @ 10000 rpm
Maximum Torque 20 Nm @ 9000 rpm
Transmission 6 speed
Gear Shift Pattern 1-N-2-3-4-5-6
Electricals
Battery
Brakes
Front Brake Double floating discs 260 mm with 4 pistons caliper
Rear Brake Disc
Chassis and Suspension
Frame Steel trestle
Front Suspension 41 mm upside-down forks
Rear Suspension Rear swing arm with lateral shock absorber with extension hydraulic brake and spring preload adjustment
Tyres
Wheels / Rim Alluminium alloy
Front Tyre 110/70-17 or 120/70-17
Rear Tyre 140/70-17 or 160/60-17
wanqelate says
hahaha.... hebat betul mamat yg ternampak motor semasa ujian kat highway bertam tu. siap boleh nampak paparan meter, siap boleh tahu ada 6 speed gear. aku terasa mcm nk jadi hebat mcm mamat tu jugaklah. kalau mana2 skuter lalu sebelah aku, aku nk tengok dia pakai speed belting size apa...
Gojeng says
Enjen 250cc tapi cutoff 120km/h
Kekekkeke....
Karen Gillan says
Perkembangan menarik..
Tak perlu tangki 10 liter..
Jika enjin taraf euro 5+, lebih bersih dan lebih jimat, tak perlu tangki yang besar..
Jika 250cc single silinder murah sikit..
Jika 250cc twin silinder boleh capai 16k harga die, atau lebih lagi
Abang sado says
Kalau betul keluar rfs 200cc 2silinder..wajib aku beli..fham2 la kalau enjin benelli 2 silinder dia bunyi seakan akan sbk..time mcm ni la aku menganjing dak2 ysuku acah king tu naik benelli je kapcai bunyi sbk..mencecet jauh kene tinggal..hahaha gi mampos same yamaha