INI ialah Toyota Corolla TREK, iaitu versi ilham off-road daripada barisan wagon Corolla Touring Sports yang dibina sempena kerjasama perkongsian antara Toyota dan pengeluar basikal Amerika, TREK.
Toyota setakat ini sudah membekalkan 16 unit kenderaan sokongan kepada pasukan basikal Jelajah Dunia TREK-Segafredo (TREK Segafredo World Touring, TSWT).
Versi rombak semula untuk model standard Toyota Corolla Touring Sports, terdiri daripada set rim aloi 17 inci, pelekap luaran plastik hitam, gril radiator sarang lebah aka honeycomb, cermin privasi belakang, lampu kabus depan baharu dan lampu utama LED.
Suspensi Corolla TREK ditinggikan 20mm, manakala plat skid pelindung dipasangkan bawah bampar depan dan belakang. Walaupun suspensi bergaya off-road, tetapi semua model adalah pacuan roda depan (FWD) dan tiada versi 4x4 ditawarkan.
BACA >>> Toyota Corolla Altis Serba Baharu Kini Buka Tempahan, Harga Bermula RM129k
Ruang dalaman Corolla TREK mendapat kemasan upholsteri fabrik dua-tona, papan pemuka direka semula dengan kemasan kayu dekoratif dan lencana TREK untuk sil pintu dan lid but. Pembeli juga mendapat kluster instrumen digital 7 inci, sistem infotainment 8 inci, kawalan jelajah adaptif, sistem pengesan sikal dan pintu but automatik.
Sama seperti barisan Corolla lain, model TREK ini ditawarkan dalam varian enjin hibrid 4-silinder 1.8L dan 2.0L. Berbanding model biasa dengan output 120hp, versi baharu ini mendapat janaan kuasa hingga 178hp. Kedua-dua varian enjin menggunakan transmisi CVT dengan angka penggunaan bahan api sekitar 4.7 liter per 100km.
Toyota belum mengumumkan harga rasmi untuk Corolla TREK, tetapi dijangka bermula sekitar £29,000 (RM150,531). Pra tempahan turut dibuka dan proses penghantaran dijadualkan bermula penghujung tahun ini.
BACA >>> Toyota Corolla Sedan, Touring Tampil Berbeza untuk Pasaran Jepun, Ikut Versi China
Leave a Reply