• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Haval H2 Dilancarkan Hujung Mei 2016 - Harga Jualan Antara RM90k - RM100k

Haval H2 Dilancarkan Hujung Mei 2016 - Harga Jualan Antara RM90k - RM100k

April 25, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

Haval H2BERITA baik buat peminat Haval H2! Model SUV segmen-C itu bakal dilancarkan penghujung Mei 2016.

Menurut info daripada 'orang kuat' Haval Malaysia, model H2 akan dijual pada harga di antara RM90,000 - RM100,000. Yang pasti, harga jualan Haval H2 adalah jauh lebih murah daripada kami sangkakan.

Sebelum ini, Haval H2 membuat pratonton umum semasa NST-MAI ASEAN Auto Show 2015 dan bakal memberi saingan baharu kepada model SUV Segmen-C.

MODEL PESAING HAVAL H2:

  • Kia Sportage
  • Hyundai Tucson
  • Honda CR-V
  • Mazda CX-5

Seperti laporan sebelum ini, Haval H2 akan diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 2WD Dignity.

Haval H2PRESTASI:

Aspek prestasi, Haval H2 dijana unit enjin 1.5L 4G15B 4-silinder dual-VVT. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan bersama pengecas turbo, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork puncak 210Nm (2,200 – 4,500rpm).

Haval H2LUARAN:

Melihat dari bahagian hadapan, H2 dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom ternganga luas membuatkan ia tampak lebih garang dan menarik.

BACA: Haval M4 ELITE (2016) – RM75,353

Selain itu, ia juga didatangkan dengan bumbung panoramik. Lebih menarik, model SUV ini bakal hadir dalam dua tona warna berbeza. Bukan saja bahagian luaran, ruangan kabin turut menerima nasib yang sama.

Haval H2
Haval H2

DALAMAN:

Memasuki bahagian kabin, anda pasti terkejut dengan kemasan kualiti yang dipamerkan. Persepsi ramai yang menyatakan kenderaan dari China kurang berkualiti tidak lagi boleh diguna pakai. Kenapa? Haval H2 ‘menghidangkan’ tempat duduk kulit yang boleh dilaras dengan kuasa elektik pada bahagian penumpang.

Ia juga didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin bersama kamera undur. Bukan itu saja, stereng turut dibaluti kulit selain boleh dipadankan dengan butang kawalan infotaiment.

Haval H2Selain itu, ia juga memiliki sistem audio dengan skrin sentuh, pendingin hawa automatik dua zon dan banyak lagi.

Nantikan perkembangan terkini dari tim Pandulaju. Kami akan maklumkan tarikh pelancaran sebenar sebaik menerima jemputan daripada pihak Haval Malaysia.

Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2
Haval H2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GWM, Harga Haval H2, Haval H2, Haval Malaysia, Honda CR-V, Hyundai Tucson, Kia Sportage, Mazda CX-5, Pelancaran Haval H2, SUV

Comments

  1. A. Musa Omar says

    October 9, 2016 at 1:27 AM

    Dear Haval malaysia,

    When should i have to order Haval 8?
    how much on the road?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev