BENELLI 502C melakukan debut tempatan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.
Selepas sembilan bulan, wakil pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd kini rasmi melancarkan Benelli 502C ke Malaysia, khas kepada mereka yang sudah lama mengidamkan sebuah jentera streetfighter ala Ducati Diavel, tetapi pada harga mampu milik, serendah RM31,588 sahaja.
ENJIN 500cc DOHC
Jentera seberat 220kg ini dijana enjin 2-silinder 500cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 47.6hp @ 8,500rpm dan tork 46Nm @ 6,000rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum 160kmj.
HARGA MAMPU MILIK
Dengan garis badan agresif, 502C dijual pada harga RM31,588 (tidak termasuk insurans) dalam tiga pilihan warna: Metallic Red (merah metalik), Matte Black (hitam kusam) dan Metallic Black (hitam metalik).
BACA >>> #KLIMS2018: Benelli 502C aka Ducati Diavel Mini Lancar Suku Kedua 2019
CRUISER URBAN
Kehadiran cruiser urban ini diserlahkan menerusi rekabentuk badan elegan dan moden yang sesuai untuk tunggangan dalam kawasan bandar. Rupa depan dengan rekabentuk lampu utama ala tengkorak dan lampu siang (DRL) LED yang dipadankan dengan bar hendal lebar.
Keselesaan tunggangan disokong posisi peg kaki yang agak ke depan dan pelana lebar dengan jarak tinggi dari tanah 750mm. Saiz tangki minyak 21 liter (rizab 3 liter) mengurangkan kekerapan mengisi minyak untuk kegunaan harian dan pemasangan dua ekzos menawarkan bunyi prestasi yang mengujakan.
BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia
KESELESAAN TUNGGANGAN
Casis daripada tiub trellis memberikan kawalan tunggangan yang lincah dan dinamik. Bahagian suspensi dilengkapkan fork terbalik (USD) KYB (depan) dan monoshock KYB boleh laras (belakang) dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Keyakinan membrek dibantu dwi brek cakera Brembo 280mm semi apung (depan) dan cakera 240mm (belakang), manakala bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
BACA >>> Benelli 402S -Ducati Diavel Versi Mampu Milik
Leave a Reply