• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli 150S Lancar di Malaysia, Harga Mula RM8.5k Sahaja!

Benelli 150S Lancar di Malaysia, Harga Mula RM8.5k Sahaja!

September 22, 2019 By Admin PanduLaju 2 Comments

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN lalu kami ada mengeluarkan artikel mengenai kedatangan model Benelli 150S ke pasaran tempatan pada harga bermula RM8,588.

Sebentar tadi, model sportbike 150cc itu baru saja rasmi dilancarkan MForce Bike Holdings  Sdn Bhd menerusi dua pilihan varian: Standard dan SE. Kehadiran model itu akan menjadi pelengkap kepada kapcai RFS 150i untuk pasaran model Benelli di Malaysia.

BACA >>> Sumber: Benelli BN150S Lancar Bulan Depan di Malaysia! Harga Bawah RM9k

ENJIN RFS 150CC

Benelli 150S Malaysia

Jenama Itali itu, yang kini diambil alih syarikat konglomerat China, mempertaruhkan enjin silinder tunggal 149.8cc SOHC penyejukan air berkuasa 15.5hp @ 8,500rpm dan tork 12.5Nm @ 7,000rpm dengan kelajuan maksimum 130kmj.

Enjin dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan tiga palam pencucuh itu dipadankan transmisi klac basah manual 6-kelajuan. Ciri tiga palam pencucuh menawarkan prestasi, kuasa dan pecutan optimum.

ADA DUA PILIHAN VARIAN

BN150S didatangkan dalam dua pilihan varian: Standard (RM8,588) dan Special Edition (RM8,888) dengan tiga pilihan warna: Lava Red (merah), Space Black (hitam) dan Nitron Green (hijau). Sportbike ini dijadualkan berada di pasaran pada penghujung Oktober nanti.

LINCAH DI BANDAR

Menggunakan casis Twin Spar gaya GP memberikan tahap pengendalian terbaik dan casis kukuh. Berat jentera 147kg bersama dimensi lebar 780mm, tinggi pelana 770mm dan jarak kelegaan tanah 170mm sangat sesuai dengan majoriti saiz badan penunggang Asia, termasuk wanita.

Tentunya panjang 150S ialah 2,020mm dengan jarak roda 1,345mm menawarkan pengendalian lincah, manakala kapasiti tangki 15 liter cukup untuk kegunaan harian dalam bandar. Selain itu, pilihan sistem brek kombi (CBS) dengan cakera besar 260mm (depan) dan 220mm (belakang) memberikan agihan kuasa membrek meyakinkan dalam apa juga situasi tunggangan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) dengan travel 120mm (depan) dan monoshock dengan strok 27mm di belakang. Bahagian roda dipasangkan rim aloi aluminium 17 inci yang dibalut tayar 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang).

BACA >>> Yamaha Y15ZR Versi Doxou Diperkenalkan, Harga RM8,868 Sahaja - RM700 Lebih Mahal Banding Biasa!

CIRI TERKINI

Benelli 150S-10
Benelli 150S-5
Benelli 150S-9

Untuk gaya tunggangan terkini, 150S dilengkapi skrin pemuka digital penuh dua peringkat yang memaparkan maklumat spidometer, odometer, takometer dan lain-lain. Pemasangan ekzos sport menghasilkan deruman nyaring dan garang yang sesuai dengan karakter jentera. Rekaan fasia depan tampil futuristik menerusi penggunaan lampu utama LED.

BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

BACA >>> Aprilia Lancar Sportbike 150cc Baharu?

GALERI
Benelli 150S Malaysia
Benelli 150S Malaysia
Benelli 150S Malaysia

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, benelli, Benelli 150S, Benelli BN150S, MForce Bike Holdings, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, roda2, sportbike, sportbike 150cc

Comments

  1. Master lee says

    October 14, 2019 at 4:26 PM

    Ada kekeliruan dgn tangki minyak nya ada cakap 15 liter yg saya terbaca dlm iklan benelli 10 liter yg mn satu betul ni minta bantuan...

    Reply
    • hzrdxs says

      November 6, 2019 at 9:36 AM

      Tanya seller dia cakap 12L, lagi konpius

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev