• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM Lancar Dua Model Skuter Baharu, Jet 14 200 dan Mio 110, Harga Mula RM5.6k

SYM Lancar Dua Model Skuter Baharu, Jet 14 200 dan Mio 110, Harga Mula RM5.6k

September 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

844
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan dua model skuter baharu versi pemasangan tempatan (CKD), SYM Jet 14 200 dan SYM Mio 110 yang dijadualkan memasuki pasaran Malaysia minggu depan.

Masing-masing model dijual pada harga RM7,888 untuk Jet 14 200 danRM5,688 (Mio 110) bersama pakej waranti pengeluar selama dua tahun atau perbatuan 20,000km (yang mana satu tiba dulu).

SYM JET 14 200

 

SYM Jet 14 200 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 168.9cc penyejukan udara berkuasa 11.8hp @ 8000rpm dan tork 12.2Nm @ 6,000rpm yang patuh Euro4. Skuter maksi seberat 134kg itu dipadankan transmisi CVT dan mampu mencapai kelajuan maksimum 110kmj.

Skuter itu, yang dinaik taraf daripada Jet 14 125cc, direka untuk prestasi dan keselesaan tunggangan serta praktik untuk kegunaan harian. Sistem henti diserahkan kepada brek cakera 260mm (depan) dan 220mm (belakang) dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Lambretta V200 Edisi Pirelli, Cuma 200 Unit Seluruh Dunia

Dimensi Jet 14 200 memiliki panjang 1,990mm, lebar 730mm, tinggi 1,115mm dan jarak roda 1,350mm. Keselesaan tunggangan disempurnakan dengan tayar tiubles 100/90-47 (depan) dan 100/80-47 (belakang).

Jet 14 200 didatangkan dengan ciri khas seperti rekabentuk sporty, lampu belakang 3D LED, panel lantai rata, meter digital penuh 5 inci dan ruang simpanan yang boleh memuatkan helmet muka penuh. Ada tiga warna untuk dipilih: Cedar Brown (coklat), Jet Black (hitam) dan Steel Grey (kelabu) pada harga asas RM7,888. 

BACA >>> Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat


SYM MIO 110

Mio 110 ialah model sambungan daripada Mio 100, dijana enjin 110cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang mematuhi piawaian Euro3 berkuasa 7.4hp @ 7,500rpm dan tork 7.3Nm @ 5,500rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi CVT, manakala kelajuan maksimum 100kmj.

Antara ciri utama dimiliki skuter seberat 93kg ini idalah sistem lampu LED, slot mengecas USB, paparan skrin meter digital LCD dan ruang letak barangan luas. Mio 110 dilengkapi brek cakera 160mm (depan) dan brek dram (belakang) bersama tayar tiubles bersaiz 90/90-10 (depan) dan 90/90-10 (belakang).

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Skuter Mio S, Khas Buat Si Gadis yang Menunggang

Mio 110 ditawarkan dalam pilihan warna Papermint, Flamingo, Matte Black pada harga RM5,688. Dimensi badan memiliki panjang 1,764mm, lebar 685mm dan tinggi 1,044mm serta jarak roda (1260mm).

 

BACA >>> #TunggangUji: Ini Mungkin Reviu Paling Jujur daripada Pemilik SYM VF3i

Related

844
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga SYM Super Moped 175i, MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2, skuter, SYM, SYM Jet 14 200

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my