MITSUBISHI Lancer CT9A Evolution VIII, antara jentera berprestasi tinggi idaman ramai. Bermula dari EVO I hinggalah EVO X, ia memiliki peminatnya tersendiri. Tidak dinafikan ramai di antara penggemar kereta menanam impian mahu memiliki barisan model EVO sehingga ada yang sanggup menukar jantina asal kepada jenama Mitsubishi semata-mata untuk kepuasan diri.
Bagi peminat tegar Mitsubishi EVO, mereka tidak pernak lokek mahu menghabiskan wang ringgit demi memenuhi kepuasan diri mereka.
Untuk itu, Pandulaju tampilkan salah seorang peminat kenderaan dari Jepun itu untuk dimuatkan dalam ruangan Bikin Kereta.
Biarpun Mitsubishi EVO sudah dikenali sebagai jentera prestasi tinggi, namun empunya kereta, Rafique tidak mudah berpuas hati. Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII (EVO 8) miliknya sudahpun menjalani beberapa modifikasi dari aspek prestasi.
MODIFIKASI ENJIN:
Nadi 4G63T milik Evo 8 ini sudah menjalani proses ‘port and polish’ untuk memastikan prestasinya yang terbaik. ‘High cam’ berprestasi tinggi dari Tomei mengambil tugas ‘cam’ asal untuk menghasilkan lonjakan kuasa lebih berkuasa.
Selain itu, pengecas turbo asal milik Evo 8 ini digantikan dengan HKS 3037. Bagi mengawal lebihan tekanan udara ke sistem pengecas, ‘wastegate’ dari Turbosmart dijadikan pilihan.
Untuk mengekalkan kuasa semasa tukaran gear pula, sistem ‘blow-off’ atau injap pemampatan turbo dari Turbosmart dipasangkan. Tugasan penapisan udara untuk pembakaran enjin pula diserahkan kepada penapis udara Simota.
Plat penyejukkan radiator dari Cusco turut mengambil tugas asal manakala bahagian ekzos muffler 3’ menggunakan jenis ‘stainless steel’ dari Kakimoto.
Beralih ke bahagian tranmisi, Rafique yang juga pemilik Garage & Autopart menggunakan kota gear dari Evo 7 (5-kelajuan) selain dibantu dengan klac berkembar Carbonetic.
Jika jentera sudah laju, kestabilan juga harus diutamakan. Untuk itu, jentera ini dipadankan set suspensi boleh laras ‘hi lo soft hard’ dari BC. Ia juga lengkap bersama ‘body shift’ dan ‘pillow ball’.
Untuk bahagian roda pula, ia melantik RAYS Engineering jenis CE28 17’x8.5jj et30 yang disaluti tayar Continental saiz 235/45/R17. Cakera brek pula menggunakan dari jenis PROJECT U manakala kaliper asal Brembo masih dikekalkan.
DALAMAN:
Sudah puas dengan prestasi, kita masuk ke ruang dalaman. Rata-rata komponen menggunakan gentian karbon. Bermula dari tombol gear hinggalah papan pemuka.
Tidak cukup dengan itu, bahagian meter turut ditukar dengan menggunakan dari model EVO 9. Namun tempat duduk Recaro masih dikekalkan. Untuk memantau kuasa sistem turbo semasa pemanduan, ACVR ‘Boost Controller’ dari APEXi menjadi pilihan empunya kereta.
LUARAN:
Melihat luaran jentera, ia ‘memakai’ bampar di bahagian belakang dan hadapan termasuk lampu milik Evo 9. Ia juga menggunakan hood depan, ‘spoiler’, dan lip hadapan (ralliart) daripada gentian karbon.
Menurut Rafique, ramai yang keliru dengan jantina asal. Sama ada ia EVO 8 atau EVO 9? Inilah keistimewaan sebenar jentera Rafique.
Bagi anda yang dah baca artikel ini, jngan keliru pula. Kalau masih keliru, baca dari awal sampai habis artikel ini.
FOTO : Shah Bahulu@Adam Photography
SPESIFIKASI
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution 8
ENJIN 4G63T
MODIFIKASI ENJIN Head Port n Polish, Tomei Highcam 260 degree, HKS Turbo Garrett 3037 with HKS Banana, Turbosmart Wastegate, Turbo Smart Blow-off, Ralliart piping intercooler, Simota Air filter, Cusco Cooling plate radiator, 3’ Muffler Kakimoto red tag stainless steel
TRANSMISI Kotak gear Evo 7 5-kelajuan bersama klac berkembar plat Carbonetic
ELEKTRONIK ECU Tomei, AVCR boost controller
SUSPENSI BC Hi Low Soft Hard bodyshift with pillow ball
BREK Brembo standard with Project U disc
RODA CE28 17’x8.5jj et30, Continental 235/45/R17
DALAMAN Meter Evo 9 260kmh, Panel dashbord CF, Gear knob CF, Stereng Evo 9, Recaro stock Evo 8, Console Stereng + Aircond vent cover carbon look.
LUARAN Bonet depan CF, Spoiler Evo 9 CF, Roof Evo 9 MR (alloy), Bumper depan Evo 9, Lip depan CF (Ralliart), Bumper belakang Evo 9, Head lamp & tail lamp Evo 9
BENGKEL Rafique Garage n Autopart
Leave a Reply