• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Cipta Peranti Imbas Cap Jari untuk Hidupkan Motosikal

Pelajar Cipta Peranti Imbas Cap Jari untuk Hidupkan Motosikal

September 19, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter
KREDIT FOTO: Nor Amalina Alias | BHarian

DUA pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, memperkenalkan rekacipta peranti penghidup motosikal menggunakan imbasan jari sebagai projek tahun akhir mereka.

Menurut Wan Amiruddin, idea projek itu, yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’, tercetus selepas melihat banyak kes kkecurian motosikal yang berlaku ketika ini.

“Sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan ‘Fingerprint Bike Starter’ ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja.

“Setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan saja boleh menghidupkan motosikal, sekali gus mengelak kecurian motosikal,” katanya dipetik Bernama dalam program ‘Inreach Fair and KV Skills Competition 2019' di KV Bachok, Tangok Kelantan, semalam.

BACA >>> #RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

6 BULAN UNTUK SIAP

Wan Amiruddin berkata lagi, enam bulan diperlukan untuk mencipta sistem tersebut, termasuk membina prototaip dan menguji sistem pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.

Kedua-dua pelajar itu membelanjakan kira-kira RM500 untuk membangunkan projek berkenaan dan yakin inovasi komponen yang dicipta itu boleh dipasarkan secara komersial.

Sementara itu, rakannya, Adeeb Aideen berkata, rekacipta mereka itu menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti peranti pengimbas jari dari luar negara.

Menurutnya, sehingga kini mereka sudah menerima tempahan daripada rakan pelajar dan pensyarah kolej untuk memasang sistem keselamatan itu. Satu pemasangan dapat diselesaikan dalam tempoh 12 hari.

Sementara itu, Pengarah KV Bachok, Rusli Idris berkata, reka cipta kedua-dua pelajar itu akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bagi menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa depan.

BACA >>> Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adeeb Aideen Mat Yusof, Auto Terkini, Kolej Vokasional (KV) Bachok, Reka Cipta, roda2, Wan Amiruddin Wan Amran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my