• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Mio Perkenal Kamera Pemuka MiVue 7 Series untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM399

Mio Perkenal Kamera Pemuka MiVue 7 Series untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM399

September 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBUAT barangan elektronik dari Taiwan, Mio memperkenalkan kamera pemuka (dashcam) baharu, MiVue 7 Series ke pasaran tempatan yang didatangkan dalam tiga pilihan dengan ciri dan rekabentuk terkini.

3 PILIHAN MIVUE 7 SERIES

Pembeli Malaysia ditawarkan tiga pilihan MiVue 7 Series pada harga bermula serendah RM399:

  • MiVue 792 - RM799
  • MiVue 785 - RM599
  • MiVue 733 - RM399

Selain barisan produk MiVue 7 Series, Mio turut memperkenalkan dua lagi pilihan kamera pemuka:

  • MiVue C360 - RM399
  • MiVue A30 - RM499 (kamera belakang)
MIVUE C360
MIVUE A30

Dengan ciri WiFi, kamera pemuka ini memudahkan pengguna melihat rakaman video menerusi telefon pintar tanpa perlu mengeluarkan kad memori. Ciri berkenaan bukan hanya merekodkan video berkualiti tinggi yang jelas tetapi juga merekodkan masa sebenar video sandaran (backup).

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 3 Posisi Terbaik untuk Pasang Kamera @ Dashcam Pada Helmet

Mio Wifi Automatik membolehkan visual masa sebenar kemalangan dimuat turun terus ke telefon dan mudah diakses. Walaupun peranti disambung ke telefon pintar menerusi WiFi, ia tidak akan mengganggu rakaman video, manakala saiz hantaran fail dikecilkan yang mana peranti akan menetapkan 20 saat rakaman kemalangan (5 saat sebelum dan 15 saat selepas kemalangan) bagi mengoptimumkan hantaran saiz fail.

Mio Mivue 7 series_3
Mivue 792_2
MiVue 785
Mio Mivue 7 series_1

CIRI MIO MIVUE 7 SERIES

1. MIVUE 792 (PREMIUM)
MiVue 792_1
MiVue 792_34
MiVue 792_2

Model paling premium ini menampilkan sensor Sony Starvis dengan kualiti rakaman 1,080P@60fps. Sudut rakaman lebar 140º bersama sensitiviti infra merah meningkatkan visual malam. Juga lengkap dengan fungsi GPS terbina dalam dengan rakaman automatik maklumat pemanduan seperti kelajuan, altitud, longitud, latitud dan tajuk. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi mod parkir.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?

2. MIVUE 785 (TOUCH)
MiVue 785_1
MiVue 785_3
MiVue 785_2

Didatangkan dengan sensor Sony CMOS berkualiti tinggi dan kualiti rakaman 1,080/30fps. Skrin sentuh  2.7 inci menawarkan antaramuka mesra pengguna, manakala sistem pemasangan GPS membolehkan peranti mengesan lokasi sebenar kereta dan maklumat pemanduan. Turut tersedia rakaman mod parkir.

3. MIVUE 733 (HERO)
MiVue 733_1
MiVue 733_2
MiVue 733_3

MiVue 733 menampilkan kualiti video 1080P/30fps dengan fungsi WiFi terbina dalam. Ia juga dilengkapi ciri mod parkir. Demi ketenangan minda pemilik, setiap produk Mio di atas didatangkan dengan waranti tiga tahun.

Related

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Dashcam, kamera, Kamera Pemuka, Mio, Mio MiVue 7 Series, Mio MiVue 733, Mio MiVue 785, Mio MiVue 792, Mio MiVue A30, Mio MiVue C360

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev