BERITA tergempar!
PENGURUSAN KTM memutuskan memecat Johann Zarco daripada pasukan Red Bull KTM Factory untuk baki perlumbaan MotoGP seterusnya tahun ini, dan tempat beliau akan digantikan penunggang uji pasukan itu, Mika Kallio.
Nampaknya KTM sudah tidak sabar lagi dengan kerenah Zarco kerana masih gagal mendapat keputusan diharapkan. Keputusan itu juga cukup mengejutkan kerana MotoGP belum pun berakhir. Ini bermakna Kallio akan menjadi pelumba 'bidan terjun' untuk siri perlumbaan di GP Aragon dan pusingan lain selepas itu.
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Zarco Tinggalkan KTM? Benarkah Dia Lagi Teruk daripada Hafizh?
Zarco sebelum ini memang sudah sedia menyuarakan ketidaserasian beliau dengan jentera RC16. Malah, hubungan beliau dan KTM semakin retak apabila jentera beliau tidak diberikan komponen baharu yang bakal diuji selepas aksi di Aragon nanti.
Pengarah Permotoran KTM, Pit Beiner berkata, sesuatu perlu dibuat untuk memastikan KTM dapat menggunakan sumber terbaik ke arah lebih positif dalam struktur MotoGP pasukan itu.
“Kami yakin Mika mampu menyokong kami daripada berkat pengetahuan dan pengalaman yang beliau ada,” katanya.
Leave a Reply