• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Indonesia Lancar Toyota Calya (2019) Facelift, Harga Naik ~Rp1.4j (RM416)

Indonesia Lancar Toyota Calya (2019) Facelift, Harga Naik ~Rp1.4j (RM416)

September 17, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS tiga tahun di pasaran, kini sudah tiba masa Toyota Astra Motor memperbaharui model kenderaan pelbagai guna (MPV), Calya. Selepas Sigra, kini giliran Calya versi dipertingkat (facelift) diperkenalkan dengan harga meningkat sedikit mahal sekitar Rp1.4 juta (RM416) hingga Rp2 juta (RM594) berbanding model terdahulu.

Varian Calya (2019) facelift E hingga G kini didatangkan dengan lampu LED, dan tiada lagi projektor. Kemasan krom digantikan dengan krom gelap di depan dan belakang. Bagaimanapun, padanan krom gelap di belakang sedikit lebar. Pilar B dan C untuk varian G dihitamkan untuk personaliti lebih menyerlah.

BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

Menjengah ruang kabin, upholsteri Calya (2019) facelift kini dipadukan warna hitam dan coklat gelap dengan unit infotainment baharu, sama seperti model Veloz, tetapi tanpa sambungan Internet. Tombol penyaman udara kini berbentuk baharu dan juga ada slot telefon pintar di bawah konsol gear serta laci khas bawah kerusi penumpang depan.

Calya G pula mendapat stereng seperti Avanza, lengkap dengan punat kawalan audio. Enjin Calya (2019) facelift masih mempertaruhkan enjin kecil, 1.2L Dual VVT-i berkuasa 86hp @ 6,000rpm dan tork 108Nm @ 4200rpm. Harga model MPV subkompak ini bermula Rp137.4 juta (RM40,770) hingga Rp158.4 juta (RM47,000).

BACA>>>#RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) - Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3-Pintu!

BACA>>>Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888

GALERI
Toyota Calya facelift (2019)_4
Toyota Calya facelift (2019)_8
Toyota Calya facelift (2019)_10
Toyota Calya facelift (2019)_1
Toyota Calya facelift (2019)_11
Toyota Calya facelift (2019)_12
Toyota Calya facelift (2019)_7
Toyota Calya facelift (2019)_9
Toyota Calya facelift (2019)_3
Toyota Calya facelift (2019)_2
Toyota Calya facelift (2019)_5
Toyota Calya facelift (2019)_6

SUMBER: AutoNetMagz

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Facelift, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota, Toyota Astra Motor, Toyota Calya, Toyota Calya Facelift, Toyota Indonesia

Comments

  1. Rudy says

    September 18, 2019 at 12:00 PM

    Good

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev