• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Siar Video Acah Model Z Baharu dengan Enjin Supercas

Kawasaki Siar Video Acah Model Z Baharu dengan Enjin Supercas

September 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI adalah pengeluar strategis tentang aspek teknologi dan prestasi produk motosikal buatannya. Lihat saja penciptaan teknologi supercas yang perkenalkan menerusi Ninja H2 yang mencetuskan polemik hangat dunia permotoran.

Terbaharu, muncul pula berita hangat tentang video acah produk baharu Kawasaki dengan nama H1 Z1000. Jentera yang diramalkan streetfighter berlabel Z itu dikatakan dibangunkan berasaskan platform Ninja H2, juga dijana teknologi enjin supercas.

Jika mengambil kira kali terakhir Kawasaki memperkenalkan video acah supercas dengan slogan 'Supercharge Your Journey' sekitar 2017, maknanya tahun ini sudah dua tahun masa berlalu. Mungkin sekarang masa terbaik untuk pengeluar itu memperkenalkan produk baharu yang mampu mengujakan peminat permotoran sedunia. Ini kerana Kawasaki adalah Kawasaki.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

KEJUTAN KAWASAKI

2019-Kawasaki-Ninja-H2-09
Ilustrasi Z1000 Supercas
Kawasaki-Ninja-H2-EICMA

Kejutan tersebut memang benar. Walaupun tidak banyak maklumat diperoleh, tetapi ramai percaya model tersebut akan menjadi teman baharu kepada Ninja H2.

Model itu pastinya bukan jentera fairing, dan kemungkinan naked bike yang dilengkapkan enjin supercas, sama seperti H2.  Produk supercas paling akhir diperkenalkan Kawasaki ialah H2SX, iaitu superbike versi touring, iaitu setahun selepas debut H2.

Video acah ini pula muncul sebelum  Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dan Pameran Motor Antarabangsa Tokyo (TIMS) 2019. Rasanya bukan kebetulan lagi.

Dengan paparan grafik siluet huruf Z yang menjadi simbol khas famili Kawasaki jenis naked bike. Namun jika dibacakan tajuk video yang tertulis 2020 Kawasaki H1 Z1000 Supercharger, inilah model Z paling berkuasa dihasilkan Kawasaki. Malah akan menjadi satu-satunya model naked supercas dunia.

* Foto penuh motosikal adalah sekadar lakaran bayangan.

BACA>>>Kawasaki Ninja H2 (2019) Facelift dengan Kuasa 228bhp dan Cat Boleh Hilang Calar

BACA>>>Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

VIDEO

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: harga kawasaki, Kawasaki, Kawasaki H1 Z1000, Kawasaki H2 (2019), Kawasaki Motors Malaysia (KMM), kawasaki z1000, naked bike, roda2, street fighter, Supercharge Your Journey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev