• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Indonesia Lancar Skuter Kecil Gaya Off-Road, NEX II Cross, Harga Mula RM4.6k

Suzuki Indonesia Lancar Skuter Kecil Gaya Off-Road, NEX II Cross, Harga Mula RM4.6k

September 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


'KEREN Cara Baru' ialah slogan Suzuki Nex II yang cuba menggambarkan model itu sebagai skuter aneka gaya dan ekspresi dengan pelbagai pilihan varian. Apa tidaknya, pembeli model ini ditawarkan 13 pilihan warna dan dekal berbeza.

Terbaharu, PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan satu lagi varian tambahan, Nex II Cross dengan menampilkan personaliti baharu yang lebih sporty dan ekstrem.

Varian baharu ini dipasangkan tayar tiubles dwi-guna bersaiz 80/90-14 (depan) dan 90/90-14 (belakang) untuk gaya off-road yang menawarkan ekstra cengkaman untuk tunggangan atas permukaan jalan tidak rata.

NEX II tampil dengan dua pilihan warna dan strip grafik baharu, iaitu Trick Blue/Titan Black (biru/hitam) dan Aura Yellow/Titan Black (kuning/hitam). Skuter 115cc ini turut menawarkan dua opsyen varian: Accessories dan Standard.

Varian Accessories dipakejkan set aksesori seperti lampu depan LED, pengecas USB, visor meter, pelindung mufler dan rim dengan dekal, manakala varian Standard tiada set aksesori seperti disebutkan dan berharga lebih murah.

BACA >>> #IIMS2018: Suzuki NEX II Didedahkan di Indonesia, Rekabentuk Inspirasi Anak Muda

NEX II Cross dijual pada harga Rp16.1 juta (RM4,770) untuk varian Accessories dan Rp15.4 juta (RM4,570) untuk Standard. Skuter ini dijana enjin silinder tunggal 115cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI) dan teknologi SEP (Suzuki Eco Performance) berkuasa 9.3hp dan tork , manakala sistem transmisi menggunakan kotak gear CVT.

GALERI
Suzuki Nex II Cross_2
Suzuki Nex II Cross_3
Suzuki Nex II Cross_1
Suzuki Nex II Cross_5
Suzuki Nex II Cross_6
Suzuki Nex II Cross_7

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: PT Suzuki Indomobil Sales, roda2, skuter, Suzuki, Suzuki Nex, Suzuki Nex II, Suzuki Nex II Cross

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev